Sunday, June 23, 2013

Dah Boleh Main Basikal Dalam Parit

Begitulah yg boleh diistilahkan untuk menggambarkan keadaan kering kontang yg melanda kg halaman...
Lokasi :  parit depan rumah mak mentuaku.






Berkenaan dgn jerebu pula, meski bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara)  di BP  tidak seteruk Muar dan Ledang yg telah diisytiharkan darurat hari ni, tapi keadaan memang agak teruk, especially waktu pagi.     Aku pun dah rasa macam darurat je malam ni bila sampai ke JB, macam letih tak tentu pasal,   padahal bukan buat apa sangat selain main masak2 dgn SIL  then merayau ngan bebudak  makan cendol kat Jalan Penggaram.

Sibuk na cakap IPU, apakah itu IPU anak2?.   Ok  hari ni kita belajar bagaimana Pengiraan IPU dilakukan :-

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. (Dipetik dari Department Of Environment).


credit to google


Bagaimana pula keadaan di tempat anda?.   Dah bleh feeling2 cam kat obersea dgn keadaannya yg ala2 bersalji?.    LOL...

p/s :    banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar

6 comments:

  1. ye la bokde... dah la berjerebu...panas & kering lagi...

    keadaan kat sini hari ni lebih teruk dari smlm.. gelap je kat luar tu... kat dlm ofis ni pun berbau...

    sekolah pun tutup.... jgn sampai darurat sudah le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, terkejut Bokde bila Shidah ckp... kat "Kashmir" dah 760 IPU. Smlm nampak kat BP mcm biasa2 je, cuma byk kedai yg tutup.

      Delete
  2. Kami pun cuti hari ni. Sekali fikir sesuai dgn badan yang masih penat ni.. Tapi harapnya janganla panjang jerebu ni.. Tal sanggup la.. Bau terbakar bila buka pintu rumah pun...tak selesa betul..ni belum lagi sesiapa dlm rumah ni sakit, harapnya dijauhkanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sampai bau terbakar?. Kat sini tak pulak.. cuma lantai cepat melekit je, asyik nak kena mop je.

      Delete
  3. wah kering sungguh laa sampai leh jadi tempat main basikal lak..huhuhu..mmg tgh kering cni pun

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.