Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Dah Boleh Main Basikal Dalam Parit

Begitulah yg boleh diistilahkan untuk menggambarkan keadaan kering kontang yg melanda kg halaman...
Lokasi :  parit depan rumah mak mentuaku.






Berkenaan dgn jerebu pula, meski bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara)  di BP  tidak seteruk Muar dan Ledang yg telah diisytiharkan darurat hari ni, tapi keadaan memang agak teruk, especially waktu pagi.     Aku pun dah rasa macam darurat je malam ni bila sampai ke JB, macam letih tak tentu pasal,   padahal bukan buat apa sangat selain main masak2 dgn SIL  then merayau ngan bebudak  makan cendol kat Jalan Penggaram.

Sibuk na cakap IPU, apakah itu IPU anak2?.   Ok  hari ni kita belajar bagaimana Pengiraan IPU dilakukan :-

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. (Dipetik dari Department Of Environment).


credit to google


Bagaimana pula keadaan di tempat anda?.   Dah bleh feeling2 cam kat obersea dgn keadaannya yg ala2 bersalji?.    LOL...

p/s :    banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar

Saturday, May 18, 2013

7 Iklan Jawatan Kosong

Assalamualaikum.    Ngantuknyaa..... sebelum Kak Mirror beradu, nak share'kan sesuatu yg bermanfaat buat adik-adik yg tercari-cari pekerjaan atau ingin mengikuti mana2 kursus di bumi Malaysia tercinta ini.   Click photo to enlarge.



Epa Management Sdn Bhd - 07 - 8611611


FEMAC - 07 - 3315231



www.celestica-careers.com


 WD Malaysia Sdn Bhd - 07 - 2595000 ext 5123



VENTURE - 07 - 5992511 ext 293


 Evyap - 07 - 2527000



Flextronic - 07 - 5048282/07- 5048284



Dah dapat keja nanti, belanja Kak Mirror ye.... kasut jelly RM50 je.. ;D

Thursday, May 16, 2013

Tarikh Hari Guru Di Negara2 Lain

Bilakah waktunya anda bangun pagi dalam keadaan yg paling menceriakan?.   Rasa tak sabar2 nak bangun... padahal baru pukul 4 pagi, ayam pun belum sempat nak berkokok. Malam pun tido tak lena je mengira jarum jam. 

Pilih jawapan2 berikut :-

A). 1 Syawal... (sbb tak sabar nak beraya, nak jumpa sedara mara.. pakai baju baru!)
B). Pagi  pernikahan. (amboii gatainyaa... tak sabar nak kawin ler tuh).
C). Hari konvokesyen. (mesti la best kan... bleh reunion sekali.. waaa mmg best).
D). Lain-lain jawapan.


Kalau tanya Shashal, jawapannya tentu PADA HARI GURU, tak sabar2 dia nak bangun pagi ni, pukul 5 lagi mata dah segar bugar tak sabar nak mandi, sebab kat sekolah ada jualan murah dia kata... hehe..

bayangkan kalau Cikgu anda sehensem ini... agak2 belajar bleh concentrate  tak? ...  hehehe..


Sangkakan kita membungkus present hari guru pada tarikh yg sama seluruh dunia, rupa2nya berbeza di negara2 lain, berikut adalah tarikh2 hari guru di negara2 mereka :-

Germany = 5 Oct 
Sri Lanka = 6 Oct
Malaysia = 16 May
New Zealand = 29 Oct
India = 5 Sept
Pakistan = 5 Oct
China = 10 Sept
Brazil = 15 Oct

Nak tanya Cik Yong dgn Marya la, Bahrain dan Peru bila pula sambutannya  Cik Puan?.
Di Indonesia pula bila agaknya?.   Kena tanya bibik ni..


p/s :  SELAMAT HARI GURU buat semua (dah tulis ucapan lengkap di older post).




Tuesday, October 30, 2012

Senja..


Menjelangnya senja (waktu maghrib),  alam semesta berubah ke warna merah.....


tapi saya suka sunset...  

Orang2 tua selalunya melarang kita untuk keluar rumah pada waktu2 begini.    Apakah jawapan mereka?.
"Nanti ada momok".  

Takpe.. itu jawapan org2 tua untuk memudahkan pemahaman pada kanak2.  Jawapan kita yg belum tua sgt ni  pula ialah.......spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.



*Resonan adalah satu proses getaran yang berlaku disebabkan getaran (tenaga) benda lain.



*Setelah sekian lama lalu jalan ni (pix atas) dlm keadaan kempunan nak makan jagung dan rojak petisnya sbb selalunya sampai sini dah lepas maghrib, akhirnya itu ari masa on de way nak balik JB, pasar malam ni masih dibuka lagi.   Seronok kemain... bleh makan dlm keta sambil melayan IRP bercerita dari satu topik ke satu topik.   Peniaga kat kampung ni menutup perniagaan mereka setelah menjelangnya maghrib, tu yg kami selalu ter miss tu.   (tapi tak pasti, adakah atas faktor menghormati waktu maghrib atau sebab  takde lampu... Puan Mirror  belum sempat buat sessi temuramah dengan peniaga2 tu lagi sebab yg keluar  membeli selalunya IRP sorang dan kami hanya menunggu dlm keta dengan penuh kesabaran membayangkan betapa sedapnya keropok lekor, kacang, rojak dsbnya).     Tapi yg paling tak bestnya bila  makanan2 yg sedap2 itu tak dibekalkan pula dengan sudu... (lain kali nak jenjalan bwk sudu garfu sendiri ye Kak Mirror).


Monday, August 15, 2011

Tadi saya berbuka 7.16, anda?


Siang tadi, isnin bersamaan 15hb Ogos 2011 - Jay Bee - imsyak 5.36 Maghrib - 19.16 (esok pun lebih kurang sama, cuma berbuka insyaallah pada 19.15 )

Ok...Itu di Jay Bee, tahukah anda... kalau di Burj Khalifa, Dubai (pix bawah) ni pulak... waktu berbuka berbeza-beza walau di bangunan yg sama di mana di antara satu tingkat dgn tingkat yg lain ada perselisihan waktu berbuka dan imsyak. Maybe anda dah tau pun kan info ni, takpe ni I cerita pada yg tak tau... contohnya mcm kawan I tuuu.... I cerita kat dia, dia termangu-mangu plakssss, nasib baik takde lalat terbang, kalau tak dah sesat dah masuk dalam mulut dia yg terlopong tu ..... LOL...

Secara logiknya makin tinggi kita duduk atas bangunan tu makin nampak la kita pada matahari... so, selagi matahari masih memancarkan cahayanya, macam mana nak diistilahkan sbg maghrib kan? Maybe ada penghuni2 bangunan ni yg turun lif berbuka kat tingkat bawah sbb nak berbuka lebih cepat. :D hehe... acah je.. mandai je aku!




Ok sedikit info di sini, Burj Khalifa atau jika dimelayukan bermaksud MENARA KHALIFA dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai adalah merupakan sebuah bangunan pencakar langit tertinggi yg didirikan di Dubai, UAE dan juga merupakan stuktur binaan manusia yg tertinggi pernah dibina dalam sejarah iaitu pada ketinggian 828 m. Pembinaan bermula pada 21 September 2004 di mana struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.

Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed berhampiran kawasan perniagaan Utama Dubai.

p/s : Sesungguhnya sejak bulan puasa ni, radio sgt berharga di rumah ni sebab nak dengar siaran waktu berbuka puasa.... Thanks best 104. Bagaimana dgn anda pula?

Monday, May 3, 2010

MANGGA


Sendiri buat entry sendiri yg terliur.....smlm MM dah makan kerabu mangga kat BP.... lepas tu pagi tadi ternampak entry tu semula terkecur plak... terus pagi2 MM ke JJ.... tu yg senyap je seharian, mak mertua lalu pun buat2 tak nampak bila dah terjumpa kerabu mangga ni..... sorry ya mak mertua...

Cam mana la nak pandai kalau asik makan benda yg masam2 je......benda masam2 ni tak bagus untuk otak. Kang IQ MM menurun plak.... orang cakap "ya"...MM pun cakap "ya".... Tak mo la kan... Kalau boleh orang suruh cakap YA kita kata OH TIDAK!!!

Contohnya wahai anak-anak semua....mcm ni :-

Budak ~ "TIDAK...... aku tak mo chatting memanjang.. mak aku suruh aku study maut ni....jap lg nk UPSR/PMR/SPM.... bla bla bla.... kalau aku tak lulus periksa...awek aku pun lari...."

Mak Budak ~"TIDAK!!!!..... oh TIDAK!!! Aku rasa tudung aku tu dah banyak kat gerobok.... "(sambil meninggalkan penjual tudung itu dgn kepasrahan dan keredhaan)...akukah itu??

Itu je la 2 contoh penolakkan dengan kata TIDAK yg MM nak huraikan hari ni sebab kalau nak didetailkan memang panjang sampai esok pagi pun tak habis....

p/s: TIDAKK!!!... Aku tak nak adap PC lagi berjam-jam sebab nak mengecat gerobok burukku dengan cat yang aku baru beli tadi...(tetapi masih lagi belum berganjak dari PC dan berangan-angan untuk mengendap2 blog kengkawan...cam mana tu ya?).

Susah kan untuk mengatakan TIDAK??

info :- Mangga atau nama saintifiknya Mangifea indica L. dari keluarga Anacardiaceae dipercayai berasal dari kawasan Indo-Burma dan berkemungkinan juga dari Asia Tenggara dikatakan boleh mencegah kanser.

Monday, April 26, 2010

ENTRYKU YANG PALING SKEMA ~ HARI TANPA BEG PLASTIK

Semalam 25hb, Hari Tanpa Beg plastik kat pasaraya yang MM jadi "duta" tak berbayar tu... kat tempat you all tak pasti pulak MM ni....... nasib baik la MM teringat dan meminta Ain membawa bersama reusable shopping bag ni...




Berdasarkan kajian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kapasiti tapak perlupusan sampah semakin terhad di negara ini dan kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah yang boleh mendatangkan pelbagai masalah dari segi alam sekitar dan kehidupan. Tengok la tu.... BERJUTA-JUTA ringgit you know???. Kalau kita di antara yg membantu at least MENGURANG-NGURANGKANnya kan dah dpt menyelematkan sedikit aliran kewangan tu.

Beg Plastik merupakan sesuatu produk yang susah untuk dilupuskan. Sedangkan beg plastik Biodegrable sekalipun (atau jika dialihbahasakan beg plastik mudah reput) memerlukan cahaya matahari, air dan oksigen untuk proses pelupusannya. Masyarakat dunia telah menyedari tentang mudarat yang dibawanya kepada alam sekitar dengan itu telah mengambil tindakan melarang pengunaannya dengan mengadakan kempen-kempen.

Info :

  • Selatan Australia telah mengumumkan larangan pengunaan beg plastik sejak bulan Mei tahun ini.
  • Hong Kong ~ mengenakan bayaran HKD 50sen (lebih kurang RM0.25) untuk setiap beg plastik.
  • Negeri China telah melaksanakan Akta Penghadan Penggunaan Beg Plastik sejak Bulan Jun tahun lalu. Satu kajian tentang kesan selepas setahun pelaksanaannya telah mendapati ia menjimatkan 1.6 juta tan petroleum.

Oleh itu, sebagai blogger TEGA (bukan tegar ya.... tetapi TEGA BERKATA APA SAHAJA, Tega bermaksud TERGAMAK) maka dengan ini MM telah TERGAMAK untuk menyeru kepada "kita-kita" semua supaya GEMBIRAkan diri dengan kempen ini ~ even MM sendiri pernah merungut depan cashier...... 

"alamak! macam mana la we all nak angkut masuk kereta satu-satu ni??"...... sib baik la cashier tu tersenyum je ala pramugari... begitu berdedikasi mereka ini ya puan-puan. :D

Tuesday, January 26, 2010

E-MAIL PILIHAN - JOHOR DARUL TA'ZIM


Sejarah Penubuhan Johor 

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”. 

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau. 

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”. 

Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia. 

Asal Usul Nama Tempat 

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Ada yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan. 

Batu Pahat 

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut. 

Muar 

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar. 

Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai. 

Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah. 

Mersing 

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing. 

Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya. 

Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing. 

Segamat 

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat. 

Pontian 

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian. 

Kota Tinggi 

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511. 

Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi. 

Tangkak 

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia. 

Kluang 

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut. 






p/s: Alamak!!! "KASHMIRKU" takde pulak dlm list ya??