Wednesday, July 31, 2013

Ditipu Oleh Peniaga On Line - bagaimana nak report?

Aku tengok makin dekat nak raya, makin ramai pulak mengadu kena tipu peniaga on9.  Dah order2 tapi peniaga ghaib entah ke mana...walau duit dah bayar riban2.  Ke sebenarnya bukan peniaga tu tipu tapi stuck masa proses pengeposan... biasa ler bila dkt2 nak raya ni Dik, memang sesak ler pejabat pos.    Itu ari pun on line banking menghadapi masalah TAC.   Itu pun dah satu masalah jugak tu.


                        
Tapi jgn takut, sedikit maklumat berguna untuk sesiapa yang pernah tertipu, puan2 boleh bawa kes tersebut ke Tribunal Pengguna. Buka fail hanya RM5 shj. Syaratnya anda hanya perlu membawa bank statement yang menunjukkan anda pernah transfer / bank in duit kepada penjenayah siber tersebut.


Hakim akan memerintahkan penjenayah terbabit untuk membayar balik dalam tempoh 14 hari. Jika tidak, penjara 2 tahun atau denda RM5000.00 atau kedua2nya sekali.


Boleh rujuk kat sini.

Ataupun... lagi satu cara..bawak account number si penipu itu, kalau nk senang lagi tunjuk bukti payment yg dah dibuat menggunakan account yg penipu tu  bagi ke BANK (bank yg buat urusniaga kita dgn penipu tu lah), kalau nak kukuhkan  lagi cari 2,3 orang yg sama2 kena tipu from same  idiot then pihak bank akan ambik feedbeck, bank  tak akan  bagi kita personal detail account, tp bank akan buat check report, sbb dlm kes ni melibatkan bank, so bank tak boleh lepas tangan bila ada aduan sebegini.  Then baru bawak benda ni ke pihak polis .

Lagi satu, utk   peniaga on9 di luar sana, ini ada satu kes yg pelik tetapi benar... berwaspadalah ketika mewar2kan tracking number customer anda di tempat awam, kalau tak... nanti jadi mcm kes kat bwh ni..... aku macam dah lama terpikir benda ni bakal berlaku.  (Ceh konon perasan mcm ada ilmu makrifat plak aku.   Takde la, aku cuma pernah terpikir kelogikannya sbb tu la aku tak pernah publish pun tracking number diorang di mana2).




Hmmmm..... mcm2 hal!.



p/s :    Bila tengok nama peniaga yg menipu tu..... mcm tak percaya pulak aku (sbb aku tak pernah ditipu olehnya, alhamdulillah la, mungkin sbb aku  dah tua kot.. dia takot... kekeke...).  Siapa dia?.     Biarlah rahsia... Yg pastinya, skg baru aku tau hikmahnya menjadi tua. :D

24 comments:

  1. belum pernah lg kena..tapi info ni sgt berguna..
    tq sharing Miss Mirror..

    ReplyDelete
  2. huuhu macam macam kan orang nak menipu zaman sekarang kan..bahaya sungguh dunia sekarang..tatott oooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang ni nak mohon duduk dlm lokap gamaknya Intan.. :)

      Delete
  3. tak berani nak komen sbb belum pernah terkena, setakat ini ok jer..

    ReplyDelete
  4. kalau perhati betul2... sekarang ramai yg join jadi agen dropship... bila tokey buat hal selalunya agen la yg jadi mangsa...kalau saya nak beli on9 sy akan tengok beberapa ciri:

    1.berapa lama dia meniaga (kalau setakat 2-3 bulan sy tak berapa yakin :P)
    2.beli dgn seller yg biasa kita berurusan
    3.kalau nak try seller baru try tanya2 kawan2 kita mcm mana PR dia...
    4. tengok komen2 dia mcm mana dia layan customer dia
    5. selalunya kalau jenis suka pm2 harga sy tak berapa nak yakin
    6.beli brg yg ready stok saja
    7.kalau brg nak kena oder pastikan seller tu oder terus dr pemboong bukan dr org tengah ke org tengah...
    8.sama jugak kalau brg yg oversea pastikan dia dpt terus dr "kaki" kat sana bukan dr org tengah dan org tengah dan org tengah
    9.tak payah la nak join kutu2 bagai
    10.bayar ansuran pun tak digalakkan...simpan sendiri sampai cukup pastu baru beli...kan senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sara... sgt berinfomatif tip2 Sara ni.
      Betul tu, selalunya benda ni melibatkan brg2 yg pre order.

      Delete
    2. satu lagi tambahan... pastikan seller tu letak gambar muka sendiri..pape hal senang nak cari hehehe...

      Delete
    3. Agreed... dan kita sbg pengguna perlu save gmbr tu sebelum berurusniaga. In case klu dia buat onar, gmbr tu sgt berguna. Hehe.

      Delete
  5. TQ sharing MM..ni pun sedang menunggu barang online sampai umah jugak neh.

    ReplyDelete
  6. Really informatif la entry ni sam.. Td baru je saya sebutkan ni semasa ajar budak2 tentang hak pengguna.. Mujur da baca tadi....thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - welcome.

      Good job!. Pasti ada info2 lain yg Cikgu Aisy dah dedahkan pada murid2 Cikgu, boleh la share dgn kami di sini. :)

      Delete
  7. mmg tak sepatutnya benda penting mcm no tracking u didedahkan..

    ReplyDelete
  8. info yg sangat berguna..semua kena berhati2..kita tak sangka pon kadang2 yg nak buat tak baik kat kita ada dekat ja dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB - Bila wang mengkaburi mata, itulah yg terjadi. :)

      Delete
  9. bulan baik ni pon org sanggup menipu...moga terbukak hati depa betobat ya :)

    ReplyDelete
  10. nak tnya.. bkn ke kalo kita buat report 2 kena ada alamat org yg menipu 2.. kalo xde alamat nya macam mana ye.

    ReplyDelete
  11. Assalam sy baru je tahu yg saya kena tipu .dia hnya menyamar sebgai seller baju .so mksd nya kite kena p bank dulu buat report pastu baru p report polis yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ayu Ramli..
      Maaf, yg tu saya kurang pasti.
      Yg saya kongsikan dlm entry ni cuma pengalaman dari org2 yg pernah kena tipu dan dorang buat report di tribunal. Selebihnya saya kurang pasti.

      Delete
  12. salam nk tnye kalau bawak bukti tu ke bank. nak cakap ape ye?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.