Thursday, August 1, 2013

Rupa-rupanya..... masa dah suntuk!

7 hari rupa2nya sangat suntuk bagi seorang ibu/isteri spt aku...
kalau waktu kanak2 dulu, 7 hari tu macam terlalu lama untuk dinanti..
macam bercinta je nak tunggu raya masa tu... pejam celik, pejam celik rasa
tak siang2.

Tapi skrg tidak...
Aku akhirnya tak sempat nak feeling2 cam kemantin di pagi raya...
Aku tak sempat pegi SPA pun...
aku tak sempat buat rambut...
aku tak sempat!!


Bukannya aku tak boleh pegi  esok....
masalahnyaa.......  kalau aku pegi esok, harga xde diskaun 50%  sebab
Jumaat, Sabtu dan Ahad bukan Happy Hour..
(aku kesian la  ngan laki aku klu sampai beratus2 takde diskaun ...
walau dia kata tak kisah  ~ kan aku bini mithali, mestilah ada perasaan guilty semulajadi..:P)




                     
Kau phm tak apa yg aku crita ni?.
Gini...
Happy hour SPA tu  hanya pada Isnin sampai Khamis je, Jumaat ilek...
Isnin depan pulak aku BUSY!.   Tak sempat aku nak apointment2 ni sume.
Tak sangka aku, rupa2nya masa dah suntuk.
Sangkakan lagi 70 hari, rupa2nya 7 hari..
Maka, terpaksa la aku akur dgn wajah yg demikian adanya..  tak boleh badjet divaz!




CLEANER PUN TAK SEMPAT DATANG....

Menghiburkan hati di laman sambil memikirkan solution cemana aku nak
mulakan kerja2 ops bersih... tanpa cleaner di sisi..
 tergamak betul, napa diorang sampai ati biarkan aku terkontang kanting menjelang raya...    T __ T   sobbbssss.....

Tapi takpe, IRP dah janji nak tolong aku panjat kipas.    Sejuk sikit ati aku mendengarnya.



MIL aku kata ini bunga tanjung.   Harum bunga  dia, kengkonon  tadi
aku nak buat haruman rumah, nak campur dgn potpuri aku yg dah lama tak bertukar tu
tapi malangnya raya2 ni tak muncul2 pulak bunga dia yg selalu bertaburan tu.




"Sejuk" jugak tangan IRP di balik wajahnya yg garang tu.. kekeke..
Banyak hasil2 taninya dah menjadi.   Aku dah petik utk buat sambal asam
sahur nanti..



KUIH MUIH YG AKU TEMPAH PUN DAH TINGGAL SATU...

Tadi calling2 kakak senior aku nak tanya kuih yg aku dah tempah aritu
bila nak antar...
tapi malangnya kuih favorite aku tu hanya tinggal satu balang, sangkakan nak order lebih
bagi Mak Mentua aku......
dah sold out...
sobss again...

Tu la, tak sangka aku...
Masa rupa2nya dah suntuk..  T __ T








Maka kesimpulannya.... utk raya ni aku hanya menepek PMC je kat muka
aku setelah sekian lama aku membiarkan dia terperuk dlm esbok.. dan kebetulan pulak
ada saki baki eye mask SKII free gift ni,
boleh la aku cuba2 guna untuk memberi nilai tambah pada tona mata aku...


Sekian.   Tak sangka... sudi jugak korang baca entry  merengek aku ni  sampai abis ye?.  Mekasih.


6 comments:

  1. Tak yah gi spa..mm dah cun melecun dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke Mama???. Ni yg semangat untuk tak jadi pegi ni. Kih3.

      Delete
  2. MM turn raya kat mana dulu tahun ni? Rumah bonda ke rumah MIL. Kami plan nak terjah rumah MSom raya ke-2.... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah MIL dulu Mummy... biasalah menantu kesayangan la katakan... keh3.

      Delete
  3. MM..SPA kat umah udah..MM dah glowing2 dahh tu..santekk dahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.... Linda, t.kasih la atas kata2 semangat tu, moga jimat la duit raya kali ni..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.