Semalam aku baru je cakap berlagak ngan kawan aku....
"Ya, bedak aku tu memang mahal tapi bertahun pakai pun tak abis2..... kira berbaloi la tu". Ini sbg menjawab persoalan kawan aku yg sedang survey2 compact apa yg best nak pakai utk raya.... Aduh kawan aku nih, buat persiapan raya dah macam buat persiapan malam nikah plak ye.
Then...... alkisah, semalam aku tepek compact powder tu sebagaimana lazimnya (eh semalam buat pertama kalinya pada tahun ini aku gi Bazaar Uda.... best2, semua makanan yg aku suka ada kat sana).... TETIBA!!.
Sebaik aku tepek je bedak tu, aku rasa macam ada cacing2 sedang kepanasan kat muka aku ni. Berkali2 gak aku menggaru muka sendiri dah macam kera kena sambal belacan. Hahaha.
Pelik gak aku kenapa tetiba aku jadi macam kera pulak kan. Jadi aku speku yg bedak aku tu dah expired la kot.... Punya la lama aku pakai sampai tak ingat bila tarikh aku beli. :D (tu la berbaloinya aku beli tu.... lama kan?). Try gak la cari2 manufacuring date dia, tapi terlupa pulak aku, casing dia tu kan casing lama... just refill je tiap kali beli baru... of coz ler tak tertera kat situ.
Good news jugak sebenarnya kalau dah expired sebab boleh la dijadikan alasan utk aku beli baru. Mueheh heh... tapi kali ni aku tak nak nyusahkan laki aku. Aku dah berazam nak beli yg murah2 je, MURAH TAPI MENJELITAKAN....
Ni la tgh survey2 ni... Jom la join aku survey2..
Orang kata.... "NAK CANTIK KENA ADA ILMU". Nak ilmu tak susah, tanya je Pakcik Google, pastu buat la conclusion sendiri ikut gerak hati. Itu kalau akulah...
rata2 aku tengok blogger2 remaja suka pakai ni... jenama PIXY. Masalahnya aku ni remaja lagi ke??.
Sila sedar diri sikit. Tapi aku tak rasa yg bedak ni hanya utk remaja je.... nanti la aku gi tanya kat Watson kalau ada..
Memang pun dulu aku ada buat review pasal Rona Sutera ni, tapi lepas aku buat review tu aku suggest kat anak aku dan tak semena2 dia terus lesapkan entah ke mana. Aku ingat pun OK jugak kalau aku kembali ke Rona Sutera ni... cuma satu je kelemahan dia ni, tak sediakan sponge... tu yg aku kembali pada jenama lama aku tu. Kalau menurut pakar kecantikan, diorang suggestkan kita beli berus besar utk kesan yg vouge.
Eh lama aku tak nampak bedak ni, tetiba tergoogle pulak. Dulu2 pernah pakai masa aku tgh berzuhud. Memang lembut je kat muka, cuma tu la... kelemahannya sama la ngan Rona tu jugak.... tak sediakan sponge, berterabur kat bag aku. Tapi mostly, diorang pakai cuma masa kat rumah je... eh pelik aku, napa kau anakmenantutirikan bedak ni semata2 harganya yg hanya lebih kurang RM1.50 - RM2.50???. Tak baik tau kau ni main kasta2.. Tapi nak pakai ni kena pakai dengan pelembab, kalau tak muka jadi kering... pastu kena beli yg ori from Hong Kong.... baru dpt kesan yg hebat.
Ada jugak beberapa lagi jenama2 lain yg aku dah survey tapi ada sesetengahnya mengandungi bahan2 yg menakutkan ~ even jelita dipakai, kalau kesan jangka panjang membawa mudarat, ngerilah aku!
Emm... tengok la nanti cemana, kalau aku dah decide mana satu aku pilih, inshaAllah aku review lagi ye.
SEKADAR SEBUAH PENDAPAT PERIBADI.
Survey kat kawan lama kita Cosway. Macam2 ada. Stokis pun dah bersepah .
ReplyDeleteEh kau ni, mcm dpt baca je pikiran aku... semalam bincang2 gak dgn kawan aku tu nak kembali pada Miyami Cosway tu.
DeleteMM, sebelum ni linda pakai bedak miyami tu okey gak..tapi aritu dah tersangkut dek salegirl terbeli bedak mahai sket..huuu..tapi kan..kesimpulannyaaa..untuk mendapatkan mekap yang cantik, asas sblm mekap tu yang penting sekali..
ReplyDeletesebelum pakai foundation pun kena pakai base mekap...
tapi bedak yang linda beli aritu masih bertahan seperti baru dibeli..dah nak masuk 2 bulan...foundation pun pakai berus, bedak pun pakai berus..
agaknya kena pakai berus baru tahan lama...
Brand apa Linda????!. (Ceh terus teruja nak tau).
DeleteYa Allah, tetapkanlah imanku ini. Baru berangan nak beli yg hok murah2 je ni. Hahaha..