Wednesday, October 2, 2013

Kempen HIDUP TANPA HANDBAG. Boleh ke?

Kecurigaanku selama ini telah menjadi nyata.   Dah tengok tak video lelaki mencuri bag masa muslimah tgh khusyuk solat Subuh kat mesjid?.    

Tidak disalahkan muslimah2 itu, sbb mereka telah buat sehabis baik (dah letak berdekatan dgn tempat mereka solat tapi "si badigol" pencopet itu yg terlalu desperate).  

Tapi ai akan salahkan mangsa jika ada yg kepasrahan membiarkan handbag mereka bertebaran merata2 dan meninggalkannya "sensorang" atas sejadah sementara si tuan bag gi ambik wudhu.    Nak pasrah... pasrah jugak, tapi usaha2 perlu dilakukan jugak ye Dik..



          

FURLA handbag - sekadar gambar hiasan.
Lawo tak bag ni?


Sbg pencegahan pada masalah2 ini,   apa kata kita buat kempen HIDUP TANPA HANDBAG!!!!.  Marilah kita bawak duit dlm guni!!  Keh3..... kang marah tokey2 handbag. Ai pun tokey handbag jugak nih... tak ingat ke dgn Sophie Parisku itu???. :D...  dan terbaru ni... ada org suruh ai tolong jualkan beg Furla (pix atas).

Ai sebenarnya tgh memikir sampai berkerut dahi ni bagaimana nak membantu penduduk dunia utk membenteras gejala2 pencopet yg mcm dah terdesak sgt skrg ni.  Nak carik duit hantaran ke Dik??. Terbaru ni kat Pandan, JB... sorang pompuan terbaring atas jalanraya (entah ler.... patah kot tangan dia) gara-gara kerakusan peragut yg tak berhati perut (pun tengok kat video jugak, bukan la ai berada di tempat kejadian... tapi sgt menyedihkanlah kejadian itu, menusuk di kalbu.. hingga membuatku takut nak keluar rumah lagi.. duduk diam2 memutihkan kulit).



apa kata, sembunyikan je duit di balik Shawl?.
pix atas :  Glitter Shawl yg tgh ngetop di pasaran.



*Kalau nak HIDUP TANPA HANDBAG, apa kata kita buat baju yg bersaku besar macam doraemon baju melayu lelaki?.   Ada berani??!!!.






10 comments:

  1. Elokla org perempuan memegang duit sedikit saja utk membeli keperluannya saja. Yg lain semua tinggalkanlah di rumah. Hp elok digenggam saja,beli yg murah2. Li

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya Makcik2 kena simpan duit dlm b** mcm org2 tua zmn dulu, baru tak kena ragut kot. Keh3.

      Delete
  2. Saya sekarang suka pakai handbag comel aje sebabnya cepat sakit bahu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZZ - Bagus kalau pakai beg comel.. mungkin boleh sembunyikan bwh sejadah.

      Delete
  3. sembunyikan bawah sejadah..baik jer tertinggal kat surau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah tak tertinggal sbb lepas solat mesti kita terpikir nak cari h/bag kita sbb nak make up....

      tp secara logiknya klu handbag disembuyikan bwh sejadah, mesti gelembung je sejadah tu kecuali jenis wristlet. Asal x bubuh kat tempat sujud dah la...kan?.. kang x sah solat, x cecah dahi. Mungkin boleh bubuh area2 lain.

      Delete
  4. pakai karung guni..hehehe..
    wlpn tak ada pnglamn kena copet tp geram sgt dgn pencopet2 ni..mmg terdesak sgt...

    ReplyDelete
  5. Tak vouge le Sam tak bawak handbag.....hehe...mcm badut je poket besar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..... badut??. Badut versi vouge la Hainom.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...