Saturday, October 12, 2013

ROTI GOMBAL!!. Rasa dia tak seHODOH namanya.

Assalamualaikum and morning!!!.


Sarapan apa pagi ni?.    Kita kat sini makan ROTI GOMBAL arabic  style yg marvelous!!!.   Gombal means KAIN BURUK..... yes kain buruks you know?.   

Ini "kain buruks" bukan sebarang kain buruks, sangat lazat utk dimakan dan mudah juga utk dibuat.







Menikmati udara pagi yg nyaman dilatari suara unggas berterbangan, kanak2 bermain basikal, tukang kebun memesin rumput..... cukup lengkap untuk membayangkan keindahan desa yg permai menanti detiknya aidil adha.






RESEPI ROTI GOMBAL EMAK MENTUA MISS MIRROR

1kg tepung gandum  (pastikan membeli tepung yg bebas dari bahan peluntur)

2 sudu besar minyak sapi  (pastikan yg HALAL)

sedikit garam 

11gram yis + sedikit air suam (biarkan selama 10 minit)


Cara

  
1) Satukan tepung + minyak sapi + garam, uli.

2).Masukkan bancuhan yis.

3).Uli2 dan biarkan hingga kembang.

4).Bila dah kembang (agak2 dlm 10 minit), tumbuk2kan.

5).Uli lagi... biarkan lagi hingga kembang.

6).Bulat2kan dan leper2kan.  Tunggu kembang lagi.

7).Panaskan pan, dan "goreng" (goreng tanpa minyak) hingga ianya kekuningan.


*Sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis  yg lazat.  





8 comments:

  1. Kali pertama saya dengar nama roti ni.. pelbagai pilihan nampaknya... sedap tu.. kalau ada minyak sapi kat rumah dah blh try juga resepi ni..ke boleh je ganti dengan minyak sayuran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - kalau diganti dgn minyak sayuran, ianya dah bukan dipanggil roti GOMBAL... tapi PIZZA.

      Delete
  2. Wahh MM...tak pernah dengar pn nama roti ni...
    walaupun kami semua ni org jawa celup(campuran)...
    Assalamualaikum..

    ReplyDelete
  3. Roti Gombal menggamit aku utk ke Madiun, tapi entah kapan, teringin banget dengan pamanku di sana, utk menyambung silaturahmi, dan agar ayahanda merasa bahagia di sana, kerana kita menemukan saudara-maranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya.... baru teringat yg K. Ipah nak ke sana.
      Moga selamat pegi dan selamat balik.

      Delete
  4. Kak Ipah bukan hendak ke Madiun, tapi ke Sumatera, melalui jeti Kukup, yg ingin diziarahinya adalah kerabat ibu mertuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. OIC.... moga dipermudahkan perjalanan.

      *kempunan aritu nak tengok video kat rumah Bokde Sufi yg dia ambik waktu pegi ke sana tahun lepas sbb kitorang tak sempat masa tu. Ko klu senang2 pegi la tengok.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.