Thursday, November 7, 2013

Debaran Seorang "Usahawan" Marshmellow dan Penggubah Bunga

Hari ni  "Hari Keusahawanan"  kat sekolah Qistina dan Shashal, dan Qistina antara yg terbabit untuk meniagakan sesuatu.  Dah berbulan dah dia asyik bercerita tak sabar nak menjual marshmellow bercoklat..  entah idea siapa.


Dulu masa Ain, ai buatkan dia pancake dgn jambu batu hiris je... itu pun alhamdulillah laku.   Zmn Mama.... kami panggil sbg "Hari Kantin".   Diorang mostly jual baju2  preloved and bundle, ada la jugak jual makanan spt mee siam and so on, pastu yg paling best jual kupon utk tuju2kan lagu.



Minggu lepas kami belikan la bahan2 dia...   takde la mahal sgt pun sebenarnya, tapi   bila Qistina scan harga, sempat dia buat muka sedih pada ayah dia...



"Abah, mahal2nya.....kita takut la kalau untungnya tak banyak... nanti rasa bersalah dgn Abah" muka mcm nak nangis..









Selamat berjuang anakandaku.....   untung ke rugi, itu belakang kira Nak...yg penting,  enjoy!!!   Kengkawan dapat makan...






Kebersihan diri harus dijaga kalau nak meniaga ni...  make sure basuh tangan, kuku bersih sebelum memulakan perniagaan...


Pepagi ai dah menjerit....  "Jgn lupa mintak  perfume Kak Ain".



INI PULA  AKTIVITI MASA INTERNET BERMASALAH ITU ARI.....



Kalau anda ke rumah kami dan nampak ada gubahan2 bunga yg tak memenuhi piawaian mata anda tu sila la jgn terkejut ye...   itu semua sebenarnya hasil kerja jemari2 kecil kat rumah ni...  






ni hasil usaha Qistina.... (pix atas)
dlm masa yg sama, dia paksa jugak adik dia gubah (gambar bawah). Menurut perintah pulak si Shashal  dgn arahan kakak dia.....walaupun tak mungkin la
budak  laki2 akan berminat dgn kerja2 sebegini..  :D






hahaha....   Mama gelak sensorang... tapi not bad la jugak kan... 

12 comments:

  1. hahahhaa..berbakat shashal jugak shashal gubah bunga..
    boleh la tu MM..
    moga jualan marshmellow Qistina nanti laku...aminn..
    Good luck Qistina

    ReplyDelete
  2. betul tu...nak niage kebersihan kena jage...kan... =P

    ReplyDelete
  3. MM..mesti laku cepat mashmelo tu..haritu Azwa pun ada hari usahawan ni..dia kata paling cepat habis gerai jual mashmelo celup coklat..

    Saya suka gubahan yang last tu..ada pink pink...cantik la alas meja bunga pink tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Oh yea?. Mudah2an la ZZ.... Qistina je yg risau takut tak untung... hehe..

      *Tq sbb suka, berpenat lelah Shashal siapkan... :D

      *I pun suka pink!

      Delete
  4. tak pernah makan marshmellow......

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Cuba try mkn sekali...
      *Deq Su - I pun tak brapa suka... haha.... tp klu kek marshmellow sukalah.

      Delete
  5. Bagus mak pa jenis sokong minat anak ni.. saya doakan semoga jualan diorang ni dapat banyak pembelinya k. Mewarisi bakat mama dan papa nampaknya... memang sesuailah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..... berkat doa Aisy dan kengkawan blogger yg lain, jualan marshmellow coklat semalam menggembirkan Qistina. T.kasih atas segala doa2. :)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.