Friday, November 29, 2013

Entry Mengumpat Suami :D

Betullah orang kata...
Sbg orang muda (muda la sgt!!!), kita kena dengar nasihat  org2 tua..
sbb mereka dah byk makan garam, gula dan  beras lebih dari kita..
tak rugi sebenarnya kalau kita mendengar nasihat mereka..



Siapakah orang2 tua yg ai maksudkan?
Ibu bapa, ibu bapa mertua, Abang2, Kakak2  dan SUAMI!! (Yes! Suami juga adalah kategori ORANG TUA!.  LOL.... tak kira la dia lahir tahun bila pun, mereka tetap layak digelar sbg "orang tua" sbb wajib utk kita taati...hahaha... misi membakar belog sedang berlangsung ni... awas! ye).


Puan2... especially peminat2 handbag sekalian...
Ai nak habaq ni...
Hari ni ai tetiba bersyukur sgt sbb aritu masa  window2 shopping kat KL ai TERbawak laki ai utk menemani.. dan pastu ai tak jadi beli pun handbag igauan ai tu semata2 mendengar cakap laki.  Berikan tepukan gemuruh pada ai sbb telah menjadi isteri yg solehah ye puan2.. clap clap clap.


Once a upon a time di sebuah outlet menjual handbag popular :-

Akucun :  "Abang...  I ingat nak beli yg ni la... lawo kan?"
IRP       :  "Berapa harga dia?"
Akucun :   "RM ____ "
IRP  :    "Tak masuk akal la harga dia ni, ni paling2 pun RM***.00"  (sambil membelek2 beg tu luar dalam, entah apa yg nak ditengoknya).
Dlm hati ai... "Hmmmm....  orang lelaki mana tau!. ".


Dari raut wajah suami, tidak la pulak ai berburuk sangka yg dia kedekut... sebab kalau ai beli pun bukan la dia yg bayar pun, ai bayar sendiri ok!!.  So, ai pun mengkuburkan la niat utk membeli semata2 kerana tiada kata2 semangat dari suami... (walau siang malam ku terbayang2 akan handbag itu..... aduh lawonyaa haii... vouge gitu!).


hari ni gi keja setelah sekian lama dicutikan..



TETIBA!!.


4 hari berlalu.... pagi tadi ai pegi shopping complex kat JB ni... ai ternampak lagi kelibat handbag tu!!. Sangkakan kat JB belum sampai lg!!.  Nak cuba tutup mata tapi ternampak jugak.    Dah ternampak... membelek pulak.    Alamak!  Betullah kata IRP....  standard rega dia  takde la semahal  yg ai jumpa kat KL tu.  Beza RM300 lagi!!.   Lahaii... terus rasa nak sujud syukur je ai sbb Allah kurniakan suami  batalkan niat ai utk membeli itu ari. 


Jadi, adakah anda rasa ai membeli handbag tersebut walaupun harganya kat JB ni dah turun RM300?.  Eh silap, bukan rega dia RM300 tapi beza harga RM300 dari yg kat Kay Ell nun.   Tak..... tak beli pun.
Entah la....   takde mood pulak Makcik nak membeli tetiba...  Mungkin teringsap dgn keluhan kengkawan  Makcik atas kos pembelajaran anak2 yg kian meningkat kot... terus Makcik teringsap mendengarnya...  pastu lebih menginsafkan lg, kwn sekolah Makcik ramai pulak yg sakit2 mutakhir ni (kanser, luekemia, sakit jiwa, sakit hati dan mcm2 lagi)..  mereka lebih malang nasibnya dari Makcik... siannyaaaa.......  sob sob sob.    Insaf makcik!.





p/s :  err... adakah puan2 juga suka ditemani  suami ketika bershopping?.  Jika tiada, lepas ni bawa  bersama ye puan2.... pasti akan menjimatkan perbelanjaan anda (jimat sama ada dia akan bayarkan utk anda atau jimat sbb nasihatnya mungkin sgt bernas dan membantutkan niat anda utk membeli).

10 comments:

  1. Saya kalau nak beli barang mahal yang saya suka, saya pegi dengan kawan...pastu sorok dulu...kihkihkih..dah lama nanti tetiba pakai husben tanya, eh bila awak beli ni...sabo je la kan MM..

    ReplyDelete
  2. Hehehe... selamat duit belanj kita kalau bwk suami shopping. Tpnliza sika p dgn suami waktu nk pilih baju. Dia mmg suka bg pendpt bab dressing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dgn saya Liza, kalau beli baju mmg lebih selesa bawak suami sbb pilihannya selalunya tepat.

      Delete
  3. wajib bw sbb si dia akan angkut brg2 yang dibeli, sendiri MALAS.. jenis dia pula tak kisah nak beli apa cuma diri sendiri pula yg KEDEKUT untuk diri sendiri.. fikir dan fikir serta berfikir lagi, akhirnya 'tak payah le'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi Alya - Bagus kalau kita ada sifat "kedekut" pada diri sendiri.. Jihad melawan nafsu sebenarnya tu... :D

      Delete
  4. Assalamualaikum... Mlm ni buat lawatan mengejut kt blog MM ni... Lamanya x dtg menziarah.... Blog TSA pun dah lama x up date... Entahlah kenapa skrg ni mcm keras tgn plk nak berkarya dlm blog sendiri... Bukan takat bersawang... Jin pun dah berkampung kt situ agaknya... Apa2 pun selamat merajin2kan diri ber blog ya... Taadaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Anis...
      Ya ke dah kerastangan?. Busy bisnes la tuh!
      Moga bisnes roti canai meletop2!.

      Delete
  5. suka bawak suami sekali, sebab kalau pilihan kita dia suka, jimat duit kita, tapi kalau pilihan kita dia tak suka, haaa..beli sendiri lah jawabnyaa.. itu kira mungkar ka derhaka..wakakakakaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda - Klu duit sendiri idak ler derhaka kot...hahaha..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.