tinggal 2,3 hari lagi... hinggalah tetiba daun pintu rumah Makcik
sering menerima ketukan bertalu 2,3 hari kebelakangan ini..
petanda jiran2 Makcik yg pelbagai kaum dah mula membawakan limau mandarin dan coklat pelbagai kaler..
Sbg membalasnya tadi Makcik bergegas ke shopping complex...
Memula.... cari dulu paper bag kat kedai RM5.
Dah siap pun membungkus..
jap lagi nak suruh Qistina agih2kan...
Nak tengok ke apa dlm paper bag tu?. No problem.. bleh je.
(dgn harapan, jiran2 Makcik tak tau la hendaknya akan kewujudan belog
Makcik ni).
Makcik sebenarnya takde idea sgt nak balas ngan apa...
kalau gi JPO byk ler pilihan coklat..
tapi sebab cuma gi Aeon Tebrau je..
hanya ini yg Makcik jumpa..
Ini sebahagiannya yg diorang bagi kat Makcik..
terharu Makcik sebenarnya dgn kesungguhan diorang
mencari yg halal semata2 supaya Makcik makan...
thanks so much!.
Tadi buat Swetie Bread With Cheese (gambo malas nak snap).. recipe dari my cousin, Murni. Thanks Darlings.. ai share kat blog ai kay!. Moga pahala berkembang biak.
letak skeping cheese,satukan - potong 4
celupkn dgn putih telor,golekkn dgn nestum @ oat
celup telur lg, pastu goreng dgn minyak yg sedikit....angkat bila dh kuning keemasan. Siap!!.
Wah...meriah sambutan sekitar rumah Sam ni. Bestla gitu leh tumpang rasa kemeriahan raya ni..
ReplyDeletemana gambar? Takleh nak bayabg cam mana benda ni.. tengok resepi macam tak susah..
Aisy - Blom sempat snap dah ghaib masuk perut.. hehe... bentuk dia mcm kita buat roti salut telur yg biasa tu, cuma nampak lebih crunchy sbb salut dgn oat.
DeleteMasa ana mengajar di Paloh dulu, ana manyak dapat kad tahun baru Cina drp budak2, pelik. Aku yg raya ke mereka yg raya. Tahniah MM dpt jiran2 yg baik. Masih ingat jiran aku di sana, Mr Lim Te Leng selalu bagi buah limau tu. Aku tak tau nama dia, sebab dia selalu sengetkan kepala, aku panggil Lim Te Leng lah.
ReplyDeleteOh... hehe. Harap2 dia tak kisah dgn nama barunya yg kau bagi tu.
DeleteSalam muhibah...begitulah adat berjiran saling memberi dan menerima..moga terus bermahabbah.
ReplyDeleteCik Mid - Waalaikumusalam... inshaaAllah, mudah2an.
DeleteTerharu sgt tau..indahnya dpt jiran2 non muslim gini,..tk kurang juga balasannya tuh..org mmberi kita merasa..tgn di hulur ..tnda damai..
ReplyDeleteK.Nor - ha'ah....alhamdulillah Allah hadiahkan kami jiran2 yg baik.
DeleteMM nak jugak ferreror tu..kekekee.. baguihnya ada jiran prihatin macam ni..moga murah rezeki MM..
ReplyDeleteLinda - alhamdulillah....
Deletemeh dtg sini, ai blanja ferreror roche.... :)
ala..tak best takde gambar mkn2...gambar kak mirror cantik2
ReplyDeleteGambar makan2?. Haha.. ada gak peminatnya ye. Tq. Next time ye, this week dah buat 2,3 entry makanan dlm older post.
Delete