Friday, March 7, 2014

Kepulangan yang dinanti

Bila dlm senarai belian dapur tetiba ada sotong, dlm gerobok munculnya pes tomyam.... itulah petanda anak daraku yg sorang tu nak pulang.. Alhamdulillah.... dah sampai pun Ain ptg smlm.. sotong tu  pun dah kujadikan tomyam.


Cuma tgh memikir ni, esok nak bawak dia gi mana?.  Mama review dululah apa yg Mama dah TERmakan selama ni, mana tau dpt idea.  Yg lazat2 je Mama upload... yg tak lazat, blacklist terus dari senarai pilihan.  Bazir duit je tau itu ari order satu menu tu...(nama restoran adalah rahsia) terkulat2 Mama nak ngabiskan walau hanya sepinggan sbb indah khabar dari rupa.  Dah la mahal..  Baik Mama beli buah berangan lagi sedap.. walau RM7.00 satu kampit kecik skrg ni.  Amboii... naik RM1 dia dah.   






Angkara makan Cataplana kat Nando's  itu ari yg sedap penuh dgn sayur2an dan ayam ni, tu yg pagi tadi Mama terus kengkonon masak nasi goreng bubuh pelbagai sayur2an ke dlm dia...(padahal cataplana ni bukan ler nasik goreng kot?).  Mama prefer yg HOT berbanding mild... satu kepuasan bila mkn yg pedas2.   






Quinci (eh betul ke sebutan ni??)... quinci mushroom kat Delifrance ni memang sedaplah... Mama suka sgt!!!.  Kenapa selama ni Mama boleh tak perasan yg Delifrance ada jual benda ni??.   Sbb Mama pernah buat sendiri satu ketika dulu... tapi unfortunately... resepi yg Mama ada tu, kurang mengancam la Dik Non.. (ceh...salahkan resepi pulak ye).... takpe2.. next time Mama cuba guna recipe Chef Wan plak, gerenti jadik.. kot2 sebijik mcm Delifrance!. Baru berbaloi ;)





Kalau gi Manhattan rest. kami suka pilih yg ni...




Lama sgt dah kejadian makan kat Tesco Tebrau ni sampai tak ingat apa nama menu ni.... daging masak halia tah masak kicap....tapi mmg sedap.


Itu je ler nak cerita dpd belog ni statik tak terupdate dah 2 hari.   Buat peminat entry makanan, sorry ler... gambo kurang cun sikit sbb lately ni aku malas sikit nak kulu kilir dgn DSLR.. semuanya snap pakai handset cap tikus je.   Harap maklum.

4 comments:

  1. Bestnya bila anak balik ya.. terasa nak masak semua yg dia suka ya.. agaknya itulah perasaa mak ayah kita bila kita balik ke rumah ya.. tapi tengok2 tu bukan makanan kegemaran Ain saja, mamanya pulak yg lagi banyak tu... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mostly kegemaran Mama je tu.. haha..
      tapi selalunya... apa yg Mama suka, Ain akan "dipaksa" utk suka jugak.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.