Monday, April 7, 2014

Corelle Mampu Milik 2014 dan Resepi Roti Cheese Daging

Nak berjualan... tapi sendiri tengok, sendiri pulak berkenan. Cemana ni Sam?!!. Sudahnya 2 bijik Country Cottage Square Casserole CORELLE berpenutup ni menjadi milikku yg sah..  Tapi takde la percuma sangat.  Tak tergamak aku nak nyusahkan IRP. (Kau ingat aku ni bini yg manja sangat ke??.  Oh ho.. Nehi!). Senang2 nanti aku bayar ler kat beliau, dah beliau yg borong semua banyak2 ni untuk diniagakan.  Aku kan bini mithali yg empunya empati....gitu!!.   (sujud syukur you IRP dpt bini mcm aiiii.. uhuk uhuk.. terbatuk plak). 




Anyway.. sebelum aku bukak bungkusan/kertas dia tu (raya karang ler baru aku bukak),   ianya masih dibuka utk bidaan (mana tau ada yg sanggup bida dgn rega yg cantik, tak jadi ler ia menjadi milikku)  kekeke..  ngada!. 


Dah!. Berhenti nak menggedix Sam!. Fokus!!!  Kata nak tolong suami meniaga..



Sayang2ku...
Inilah saja  Dinner set 16 pcs yg tinggal!!.    Thanks kpd yg dah membuat urusniaga dgn kami. Kpd yg  masih dlm mood memujuk suami, don't worry... installment dibenarkan, kami simpankan sampai raya.  Tapi of coz ler rega lebih mahal sikit Dik Non jika berINSTALLMENT2 berbanding cash and carry.    

Sebarang kemusykilan atau nak bergossip2, boleh email me at :  missmirror@ymail.com

COD area Johor Bahru.  Lain2 tempat kami pos.


Utk Dinner Set 16pcs tu... dalam dia ini ye Datin2 semua...







 Ini pun ada lagi..


This set ada :-
i)   1 x baker = 2.85l , 33x26cm
ii)  1x large casserole = 2.35l, 28x 25.5 cm




Alang2 tu aku bagi korang resepi... pasti cantik Roti Cheezy ni kalau you all bubuh dalam Corelle tu Dik Non... makanan tak sedap pun akan  jadi sedap!. Yg sedap akan bertambah2 sedap.  Mesti suami akan bertambah sayang!!.   Yg masih dara, pasti ramai Mak2 orang akan meminang!!!.  Aamiin..



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU


Bahan2:
utk Inti:
300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula

minyak

12kpg roti
3biji telur
200ml  fresh milk
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

Cara2:
utk inti
Panaskan minyak, tumis bwg putih masukkan bwg besar dan daging... grg hingga daging empuk.
kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering.
ketepikan dan biar sejuk.

Untuk Roti lapis
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas,  buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama.
tuang kan separuh dr inti tadi ke atas roti dan ratakan. kemudian susun slice cheese ke atas daging.
tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama td...
Ulang proses yg sama... Lastly tabur cheddar parut kat lapisan atas sekali..
jika ada lebihan telur just siram di atas roti supaya x membazir...
bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 mnt( sehingga masak)
kuarkan dari oven sedia utk dihidang..

14 comments:

  1. MM, linda pun ni tgh tggu corelle sampai....tapi bulan 5 nunnn ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Linda!!. Pasti makanan Linda akan bertambah2 sedap dgn corelle.. kekeke..

      Delete
  2. Wah bertambah cawangan bisnes ni.. rajin la masak lepas ni dapat set baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuishhh... setiap isteri pasti akan bertambah rajin di dapur bila dpt corelle Aisy... keh keh keh..(ayat promo je ni).

      Delete
  3. salam,dh lama tak beli pinggan mangkuk..guna pinggan mangkuk kawin dgn hadiah barangan jer..bersusun free semua..klu miss mirror nak hadiah kat akak masih sempat lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...
      KNor la hadiahkan saya... hehehe..
      KNor... corelle ni kalau KNor yg guna, pasti makin memancar2 meja makan KNor.. rempeyek pun jd sedap berganda2..hahaha..

      Delete
  4. lama dah tak beli pinggan baru...

    menabung nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noor Mala - mudah2an tabung nuffnang Sis bertambah2.. pastu jgn lupa cari saya ye... hehe..

      Delete
  5. Ok, selamat berniaga ya to both of you..syok laki bini niaga..macam sehati sejiwa gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Che Mid..
      Wow!. Sehati sejiwa, aamiin... inshaallah.. haha..

      Delete
  6. thanks share resipi sis :) tak sabar nak cuba...
    wish me kat sini blh x?http://missbaybeeboo.blogspot.com/2014/04/giveaway-by-sha-malek_6.html tq :D

    ReplyDelete
  7. wahh..cantik2 corelle tu..bila ler ni nak rembat satu..haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mampu sgt tu Adah..... rembat ler satu untuk raya... ai bagi best prize! ;)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.