Tuesday, April 8, 2014

Pemangang Ajaib Ternyata Memang Ajaib

Subhanallah... kau memang ajaib la Pemanggang Ajaib!!. Kalau tau, dari tahun 1997 lagi aku beli kau tau, jimat duit takyah beli oven (ceh!. mcm la kemunculannya secepat itu).   Sesungguhnya aku dah tertinggal keretapi, mesti korang semua dah lama beli.

Terima kasih la kpd insan yg dah PAKSA2 aku beli pemanggang ni. Ya ler... dah merayu2 depan pintu (ahaha.. gulp), kalau tak beli, tak patut ler pulak kannn... kedek betul si Sam ni.. nanti org kata.  Dah la bukan mahal sgt pun.. (ya la kalau nak dibanding dgn ketuhar yg riban2 tu).




Subhanallah... segalanya jadi semudah ABC..
Takyah aku susah payah basuh oven, menyental grill, petik daun pisang, tiup arang dan yg seumpamanya atau erti kata lain kerja2 membakar "binatang2" jadi lebih mudah, pantas lagi bersih Yunk oiii..

Mencinyaaa... napa la benda ni takde pada tahun 1997. 




Oleh kerana kepantasan di dapur jadi lebih hebat 3 kali ganda dgn magic pan ini, dlm masa 1 jam kita dah bleh masak mcm2.  Mesti somi2 korang akan terperanjat!! Wahh!.  Antaranya kek pisang yg siap tak sampai pun 20 minit.


Adik2 cumil di luar sana yg  jenis malas nak buat kek.. tapi teringin nak makan kek, Kak Mirror mmg recomend you all guna je magic pan ni sbb inshaallah mmg jadik. Kalau tak jadi tu maybe salah tepung bukan salah you all.  Ngeh ngeh ngekkk..


RESEPI KEK PISANG MISS MIRROR

3 bijik pisang
2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn minyak masak
3 biji telur
1 cwn gula

Cara

1).  Masukkan minyak ke dlm blender.
2).  Masukkan gula
3).  Blend sampai gula hancur
4).  Masukkan telur one by one.
5).  Masukkan pisang one by one.. blend hingga hancur
6).  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
7).  Bila tepung dah sebati.. masukkan ke dlm magic pan (oles minyak dulu)
yg dah pun dipanaskan  atas dapur gas (stove).
8).  Siap!!.  Dlm lebih kurang 20 minit siap tau!






Esok nak wat stim fish plak.... ke arah hidup yg lebih sihat bersama PEMANGGANG AJAIB.  Jom!!!.


p/s :   Kenapa dgn tahun 1997?.   Bertemu jodoh..

5 comments:

  1. ajaib sgt ke ni....berlambak org guna ni...sayangnya knor tak ada lagi..adik pun duk bangga2 dgn benda ajaib dia tuh...mcm cemburu buta jer..

    tak ada rm nak belilah plk...suruh adik beli guna duit dia ..taik idung masin la plk...hehehe gurau tghari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergghhhhh..... ini mmg dah tersernarai dlm 8 benda ajaib di dunia ni KNor... rugi tak beli. Better beli............ dgn saya..
      Hahaha..

      Delete
  2. Amboi...dah ada dia terus jadi ejen pemanggang ajaib ya. Mmg sesuai tul cik Sam ni. Haha.. kalau jual harga kawan2 bpe ni? Haha.. lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh jgn lari Aisy!!!!. Tunggu!!.. Hahaha...Since you're my regular customer... inshaallah ada diskaun punya..

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya.
    Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.