Wednesday, May 21, 2014

Tak Jadi Beli Baju Raya

Aku tak tau la, sama ada salesgirl2 tu dah bersekongkol dgn IRP atau apa. Mereka terlalu jujur dlm memberikan idea.. dan ironinya kejujuran mereka itu telah berjaya menyelamatkan duit aku mutakhir ini.




KES I

Di suatu ptg di kedai kasut berjenama tuuuuuuttt....



"Lawo tak Dik kasut ni dgn Ahkak?". Sambil mencuba.. berkeletak keletuk bercatwalk ke depan, ke belakang persis model, dgn ramahnya aku bertanya dgn salesgirl itu. Niat membeli dah 90% ketika itu sbb ada sale 30% dan aku TERperasan mcm lawo sgt dah kaki aku bila mengenakannya. (cehhh perasan).



"Emmm..... yg ni kaler dia pudar sikit la Kak..". Jawabnya ringkas disertakan body language yg dpt kufahami maksud yg tersirat. Tros menurun sikit impian membeli jd 70%. Terus terperasan mmg ada pudar kaler dia dan ada defect sikit... patut ler ada sale.. 


                        

"Akak nak pakai gi mana?" Tanyanya pula.


"Nak buat raya...".


"Kalau raya org jarang beli kasut **** ni, org biasa beli brand tu.." Sambil menunjuk brand lain kat sebelah, yg ku kira murah sikit la dari jenama tutt ni.

Alhamdulillah akhirnya aku tak jadi beli kasut mahal tu.... dan melompat ke kedai sebelah pulak sebagaimana dicadangkan. 


Jujurnya kan salesgirl tu... Ahkak respek!. Jimat duit Ahkak.. haha..




Tapi bukan kasut ni yg aku maksudkan.... ni kasut yg kubeli masa zmn Tok Kaduk... sekadar buat gambar hiasan semata.




Gambar tiada kena mengena dgn entry... tapi sapa2 berkenan dgn jubah cantik lg ekslusif ni, sila la wassap me kay! -  014 3832069



KES II



Di sebuah butik pakaian lelaki, niat hati nak membeli baju IRP dan Shashal.



"Dik.... ada baju Melayu lelaki tak... nak 1 set dgn si anak". Tanyaku pada jejaka separuh kacak, berseluar pendek yg tercegat kat situ.





"Ada... tapi kalau nak yg lebih lawa... tunggu nanti nak dekat2 raya". Jawabnya sambil menguis2 baju2 Melayu bawah gerobok utk diperlihatkan pada aku, banyak jugak aku tengok dlm gerobok.



"Ooo raya nanti lg byk yg cantik ye Dik?".


"Ha'ah... baju Melayu takyah beli skrg la Kak... sbb baju Melayu lelaki senang nak dapat, dkt2 raya pun sempat lagi beli".


Laaa gitu pulak.... terus aku tak jadi beli. Kah kah kah.. Selamat duit aku. Jujurnya diorang ni... Respek tau ahkak!. 



Sampai rumah, aku bagitau IRP yg aku postpone beli baju raya... then dia ckp..

"Baju anak2 buat apa you sibuk nak beli...  tu tugas I ler nak beli..".    

Good news!.   Yihaaa!!.  Tersenyum simpul aku mendengarnya.... tapi risau gak, nanti dia cuma beli baju anak2 then baju dia sendiri dia malas nak beli.


p/s : Selain dibayar gaji, salesgirl2 ni kerja berdasarkan komisen, ye tak?. Tapi bagus.... tak rakus adik2 ni dgn duniawi demi mengaut keuntungan semata.. teruskan nilai2 murni. Ahkak doakan moga kalian terus sukses!. 


*motif entry : entry kesyukuran sbb selamat duit. :D

























4 comments:

  1. Jujur dengan customer yaaaa... kalau boss dia tahu..alalaatok le jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss takleh marah tau, kalau salesgirl tak jujur, next time customer pun malas nak singgah lagi. Contohnya kasut putih yg saya beli tu, salesgirl tu kata... "cantik kak... cantik..".. sampai rumah sakit kat kaki.. sejak tu, sy x confident nk beli kat situ lg.

      Delete
  2. Jujurnya...kalau sy...jawab boleh la kak....so so kata orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... ... yg very common salesgirl akan selalu memujuk dgn kata mcm ni "akak putih.. pakai apa pun sesuai...".

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.