Saturday, May 10, 2014

Tip Penjagaan Handbag KULIT

Waktu membeli slingbag di FOSSIL dulu2... salesgirl tu kata..  

"leather handbag...  makin lama dipakai, semakin cantik". 


MAKIN LAMA DIPAKAI MAKIN CANTIK??.  Iyer ke?.  Teruja aku mendengarnya.. dan aku pun menghitung ler hari utk melihat ia jadi semakin cantik....TETAPI, belum sempat aku tengok ia berubah "menjadi lebih cantik" oleh faktor masa... tetiba  dah berpindah tangan pula sbb si Ain waktu balik dulu tu dah  berkenan sgt.  Nah ambik ler... ku kata.... padahal Abah dia dah belikan dia beg jenama yg sama pada hari kejadian... Jadi seorang ibu kena la berkorban.. ye puan2.







Angkara pengorbanan itu, maka hanya handbag kulit jenama SACHS ini saja yg dapat kujadikan experimen utk menguji sejauh mana kebenaran kata2... sbb aku bukan pengumpul handbag kulit yg tegar.  Lately ni aku mmg suka kulu kilir dgn begku yg dah tak hensem  ni hingga beg2 lain dah ku anaktirikan.  Aku sendiri semakin musykil atas ketidakwajaran sikap aku mutakhir ini!!.  Mind set aku mcm dah dipatrikan dgn kata2 salesgirl tu "MAKIN LAMA DIPAKAI SEMAKIN CANTIK".. hingga aku macam TERrabun untuk menilai...  Tolong kembalikan ku ke alam sebenar!!!.  Cakap ler... dah buruk ke tak beg ni.... ke semakin vantage.. so aku tak perlu beg lain utk raya taun ni?.  Hua hua...  mimpi apakah Sam??. Mesti somiku akan bertambah saaaaayang ngan aku kalau aku melupuskan impian utk membeli MK tu... betul tak puan2?.



Bahan2 penjagaan handbag kulit :-


#Leather cleaner
#Leather conditioner
#Bubble wrap
#Dust bag or pillowcase
#Tissue paper
#Soft cotton cloth
#White chalk powder
cuka, baking soda dan minyak zaitun
gambar hiasan - dari Google



Tip -  campurkan cuka dengan dua sudu minyak zaitun, usapkan campuran tersebut ke koleksi kulit anda then biarkan semalaman dan bersihkan keesokkan paginya.  Kalau anda ada conditioner khas, tuang beberapa titis bersama  minyak zaitun dgn  kain microfiber. Bubuh pada permukaan kulit dan tunggu hingga meresap seluruhnya.



MOTIF ENTRY :   Kempen Hidup Bersederhana.. kekeke.   Saya sedia berganding bahu dgn para suami di luar sana untuk membenteras kejadian salah laku penshoppingan yg berlebihan dgn mengadakan pelbagai lagi kempen seumpama ini di belog pada entry2 yg akan dtg.  ;P.   Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........





12 comments:

  1. Baru ku tahu leather ni bila pakai lama makin lama makin cantik...Ku pun baru beli bag leather..Mahu buat eksperimen jugak la...

    Tapi untuk berapa lama miss mirror?? setahun? dua tahun? 5 tahun? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin berpuluh tahun makin cantik Adah!. Klasik and antik!. Jom kita bereksperimen..... kekeke.

      Delete
  2. Takde handbag kulit..jadi tak boleh tgk secara live kecantikan itu...
    Tapi biasanya barang pindah milikan dr ibu ni nampak sentiasa cantik di mata..mungkin kerana nilai sentimental nya...atau nilai yang tidak ternilainya itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp beg Sach tu bukan warisan dari ibu... beli sendiri.
      Katakan la ianya tak cantik, biar senang I nak beli lain... hahaha.

      Delete
  3. Semakin lama semakin vantage..macam tuannya gak..lariiik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lari Che Mid.... ia mmg kenyataan!.. Semakin lama diri kita, kita akan semakin klasik dan berharga.

      Delete
  4. betoi la MM, beg2 kulit ni makin lama makin vantage makin vintage semua ada...tapi MK tetap nak jugak kalau Linda...hahhahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh bestnya.... tak sabar nk tunggu 10thn lg.. kot jd makin bertambah cantik 10 kali ganda beg kulit I ni Linda.

      Delete
  5. Thanks baru ku tahu esk nak test kt hanbag..

    ReplyDelete
  6. Sam,
    Brand Sach ni dulu memang kena pecahkan Tabunng Ayam kalau nak membelinya ;-)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.