Sunday, May 11, 2014

Rahsia Kecantikan Gadis-Gadis 80an..

Sewaktu aku kecil...... 
aku suka tengok gadis2 nan ayu di kampungku.
Aku jarang bercakap dgn mereka 
tetapi gerak geri mereka... sering menarik perhatianku..
Kesempatan itu selalunya ada.... bila Mak bersalin...
sbb...org zmn dulu... bila dlm pantang, bergilir2 org kg datang...
Dan selalunya mereka akan bawa 
bersama, anak2 gadis mereka yg cantik jelita.


Kemulusan wajah mereka  mengkagumkan aku..
Apatah lagi di kg nan jauh terpencil...  mana ada jual skincare sgt..
Yg ku ingat hanya AVON je jadi buah mulut perbincangan..
Itu pun tak semua mampu memilikinya sbb tak semua berpendapatan hebat..
almaklum...hanya mengharap jualan hasil torehan..



gambar credit kepada blog ini.



Tapi mereka memang CANTIK!.
Biar hanya secalit gincu di bibir..
Apakah rahsianya?.  Mari kita kaji..
jeng jeng jeng!!.


"Minum lekas.."  Kata  ibunya sewaktu ibundaku menghidangkan 3 cawan kopi gobres panas di hadapan mereka.

"Apa tu?.  Kopi ke?.   Tak minum... "  Gelengnya.


"Tak minum kopi??".  Pikirku sendirian selaku gadis kecil berusia 10tahun.. 
apa sgt yg aku tahu ketika itu.. selain mengutip bunga2 siantan 
utk dijadikan rantai.. dan kuanggap sudah cukup cantik ketika itu..



susu untuk IRP, Teh Tarik untuk Aku






Berpuluh tahun berlalu..
gadis2 manis itu dah tak kutemui lagi..
masing2 dah dipinang orang,  berkahwin, meninggalkan kg halaman..
berhijrah mengikut suami.. di bandar2 besar..


bekas bunga telur zaman dulu - credit kpd blog ini.


Satu hari, aku menerima photonya dari sorang kakak di FB..

"Wah!.  Ternyata memang masih anggun kakak tu!!".

Bayangkan dlm usianya yg dah 50an ada kot... Subhanallah... terkejut aku!.
Apakah kerana KOPI??.   




** Kopi mmg pembunuh kolagen yg paling kejam!.  Teh pun sama... tapi once a while aku TERminum jugak sbb sedap sgt teh tarik 3 in 1 tu..   Adakah ini bermakna, keunggulan kakak tu sukar utk aku warisi teladani?.   :(

**Tetapi menurut kajian barat, peratusan wanita yg kurang dijangkiti canser kolon ialah yg meminum kopi. 





6 comments:

  1. Eh.. terus rasa gembira bila saya fikirkan sy mmg alergic dgn kopi.. tapi masa remaja mng kopi kawan setia..
    insyaAllah kalau kita banyak bertenang boleh awet muda kan? Kalau asyik berkerut je mmg patutla muka tua dr usia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elergic kopi?. Sama dgn I, sakit kepala. Itu satu hikmah yg Allah beri. Mari kita syukuri.

      Delete
  2. setiap pg n petang teh tarik,teh ais...

    teringat org dulu2 mandi berkemban di parit...elok jer mandi tanpa segan silu..pada hal lelaki lalu lalang..heheh..
    guna berus dawai dgn sabun cap kapak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.... saya pun tetiba teringat kenangan itu.
      Hidayah masih belum turun buat mereka ketika itu.
      Now.. alhamdulillah segalanya telah berubah.

      Delete
  3. sungguh indah susunan ayat mu itu kanda
    teruja sungguh dihati dinda.. ahaksss...
    Sam..
    banyak kajian kopi terselindung khasiat kebaikannya..

    xOxO
    Yong Peminum Kopi Tegar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. **T.kasih Dinda... ahaks...

      **Kalau Kopi Kelapa Dara 18sx tu mmg terselindung byk khasiatnya wahai Dinda..... ahaksss again!! Hehe..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.