Sunday, May 18, 2014

Jangan Nak Gila Glamer Sangat..

Gila glamer??.   Haha.....Apa punya tajuk da??!!.   Takde apa2 ye puan2.....saja je... tajuk kena selaras dgn kehendak pasaran masakini.   Actually nak copy paste satu nasihat dari Ustaz yg ditujukan oleh sorang teman kpd teman yg tgh bergelut dgn gelombang hidup.   Tapi takde la C & P 100% sgt... dah ku summarizekan pun..


motif :   dpd blog terbiar tak berupdate.





Apabila Allah telah tidak mengkehendaki kita lagi, Allah akan sibukkan kita dgn urusan duniawi, urusan anak2, urusan menjalankan perniagaan, urusan menambah2kan harta, urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana semua itu akan kita TINGGALKAN...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang2 yg TELAH PERGI terlebih dahulu menemui ALLAH SWT dan jika mereka diberi peluang utk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia hingga lupa soal akhirat.

KERANA...

*Tujuan kita diciptakan adalah utk menyembah Allah dan beribadat kpd Allah.  
*Tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup hanya utk merebut habuan dunia semata.
*Sebenarnya apa yg kita dpt dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh ALLAH SWT.


Sungguh benar bagai dikata Hafiz Hamidun ni.. DUNIA INI ADIL



Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yg jauh, yg tidak akan kembali  buat selama2nya.

*SESUNGGUHNYA MATI ITU BENAR..
*ALAM KUBUR ITU BENAR
*HISAB ITU BENAR
*SYURGA NERAKA ITU BENAR



Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui IMAN dan AMAL.  Iman sebesar zarah, Allah akan muliakan dgn syurga 10x dunia. Ketenangan dan kebahagiaan akan hadir dlm diri yg hampir dgn 'PENCIPTA yg memiliki SEGALA kesempurnaan'.....jadi tidak perlu menagih kasih & simpati manusia "yg sifatnya mmg LEMAH serta serba KEKURANGAN".

TAK PERLU MENGEJAR GLAMER... KERANA ITU SEMUA BERSIFAT SEMENTARA..

2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.