Wednesday, May 14, 2014

Simptom-simptom Penuaan Yang Kian Ketara

Takpe la.... MUKTAMAD....   aku rasa 4 hari lagi.
Meski IRP kata...... beliau mcm pernah dgr aku buat declaration 
berbunyi begini..

"Yey!.  Abang.  Hari ni I dah "raya""... yg membawa 
maksud aku dah langsai segala hutang piutang puasa.

Tapi declaration tu tahun bila  Sayanggggg????. (sila baca dgn 
intonasi sinis... bukan gedix).




Bila aku godeh2 balik kat belog ni tadi..... semuanya entry 2013.   
2014 blom ada lagi, meski aku pernah ganti sikit2 masa Ain exam hari tu... 
jadi ini bermakna tahun ni belum langsai lagi la............. kot?.


Aduh la Makcik...
simptom2 penuaan dah semakin ketara 
pada dirimu...  benda penting mcm tu pun 
ko bleh lupa.


Tapi adakala aku perlu berterima kasih jugak la
kpd belog... sbb selalu jadi bahan rujukanku 
bila terdesak.


Tu la, selagi tak tulis kat belog, selagi tu lupa..
sbb sejak tua2 ni... aku dah malas nak tulis dairy..
tapi.......... tak kan semua benda nak tulis kat belog..
tak patut la kannn....?.


p/s :   Jika hari ni dapat sampai ke Maghrib bermakna... inshaAllah ada lg la 3 hari. 
T.kasih IRP sbb belikan buah mangga, durian, kacang pistacio.... gara2 dgr bininya hari ni posa.... padahal aku sejak tua2 ni dah tak pedulik sgt....  ada bahan berbuka, aku buat... takde sudah... makan je nasi.


2 comments:

  1. Sama la kita MM...lagi 3 hari...tapi betul la kan...bila kita update kat blog memang leh jadi rujukan masa akan datang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. **Jom habiskan cepat2 ZZ... biar cepat sikit kita "raya". Huhu..
      **Blog mmg sgt membantu kita utk merujuk.. tp klu semua benda diupdate pun, malu la pulak kan ZZ.... takut pahala terkurang. Keh3. Iyer ke?

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.