Showing posts with label hutang puasa. Show all posts
Showing posts with label hutang puasa. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Simptom-simptom Penuaan Yang Kian Ketara

Takpe la.... MUKTAMAD....   aku rasa 4 hari lagi.
Meski IRP kata...... beliau mcm pernah dgr aku buat declaration 
berbunyi begini..

"Yey!.  Abang.  Hari ni I dah "raya""... yg membawa 
maksud aku dah langsai segala hutang piutang puasa.

Tapi declaration tu tahun bila  Sayanggggg????. (sila baca dgn 
intonasi sinis... bukan gedix).




Bila aku godeh2 balik kat belog ni tadi..... semuanya entry 2013.   
2014 blom ada lagi, meski aku pernah ganti sikit2 masa Ain exam hari tu... 
jadi ini bermakna tahun ni belum langsai lagi la............. kot?.


Aduh la Makcik...
simptom2 penuaan dah semakin ketara 
pada dirimu...  benda penting mcm tu pun 
ko bleh lupa.


Tapi adakala aku perlu berterima kasih jugak la
kpd belog... sbb selalu jadi bahan rujukanku 
bila terdesak.


Tu la, selagi tak tulis kat belog, selagi tu lupa..
sbb sejak tua2 ni... aku dah malas nak tulis dairy..
tapi.......... tak kan semua benda nak tulis kat belog..
tak patut la kannn....?.


p/s :   Jika hari ni dapat sampai ke Maghrib bermakna... inshaAllah ada lg la 3 hari. 
T.kasih IRP sbb belikan buah mangga, durian, kacang pistacio.... gara2 dgr bininya hari ni posa.... padahal aku sejak tua2 ni dah tak pedulik sgt....  ada bahan berbuka, aku buat... takde sudah... makan je nasi.


Wednesday, May 8, 2013

Kempen 2013

Assalamualaikum and morning penghuni  Dunia...

Pagi yg indah..





Lama juga blog tak berupdate.   Sekadar ingin lari dari kekecohan.    

Dapat juga email tawaran iklan blockbuster tu..  korang dapat tak?.   (sebenarnya I tak begitu faham, dah la tak faham, tak rajin bertanya pulak.. itu la masalahnya, cemana nak jadi blogger tegar nihh.. huhu... dateline plak 10 Mei, sempat ke nak buat video?).

Lama tak menjalankan sebarang kempen kat blog ni, after kempen HCMB berakhir, terus takde kempen2 lain, one day nak buat kempen "pakai tudung murah tapi jelita".... tapi sebelum tu  nak fokus dulu satu benda penting ni..  Kempen bayar hutang, hutang posa daa...   Dah abis byr blom?.   Kalau belum, mari kita mulakan hari ni...  minggu depan kita dah boleh "raya".   

Ya Allah... mudah2an Allah kuatkan imanku, jgn la tetiba pagi ni IRP ajak I breakfast kat tempat yg sedap2 tu.  Ni la padahnya bila dah nak menghampiri rejab baru kecoh nak ganti posa.  :'(


Komen tentang PRU13 ~ no comment, undi adalah rahsia.   Sekadar ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan tahniah buat our x-schoolmate, Datuk Zulkurnain Kamisan atas kemenangannya.