Masih lagi dgn topik gestrik utk entry kali ni. Sbg menjawab soalan kenapa roti tak digalakkan makan ketika serangan, sbb ianya berYIS. Bagaimanapun aku nak bawakan kpd anda soalan2 yg doktor telah kemukakan kpd aku semalam.. utk dijadikan panduan :-
DR HENSEM : Haiii..... Akak Cikgu ke?. (tegurnya ramah waktu aku berjalan masuk ke bilik doktor, belum sempat duduk lagi ketika itu).
AKU CUN : Bukan.... (tak terkejut pun.. sbb dah biasa dgn soalan2 sebegini dari org2 yg baru mengenali aku).
DR. HENSEM : Oh ingatkan Cikgu.. (sambil tersenyum hensem). Sakit apa?
AKU CUN : Gestrik.. bla bla bla...
DR. HENSEM : Ada makan buah2an sebelum ni?.
AKU CUN : Ada.... durian. Mangga - kerabu mangga.
DR. HENSEM : Dah kawin? (aku rasa soalan ni soalan basic dan bukannya dia nampak aku macam anak dara... so, jgn la nak muntah sgt ye puan2).
AKU CUN : Dah... yg ni anak saya la ni (sambil merujuk kpd si Ain yg talkative bertanya itu dan ini kpd Dr.).
DR. HENSEM : Akak ada stress ke?. Gestrik pun kdg2 disebabkan stress.
AKU CUN : Stress tu biasa la Dr., biasa la org "glamer" la katakan.... mesti ada je org2 yg buat kita stress... hahaha.... (ha, yg ni korang kalau nak muntah, muntah la...aku saja bergurau sebenarnya, meski ada maksud yg tersirat di balik tabir tapi tak kan mungkin ku ceritakan kesemuanya kpd doktor).
DR. HENSEM : Oooo.... Akak Datin ke?.
Hahaha... Perkataan "glamer" yg sengaja aku reka2 cipta tu rupa2nya dah buat Dr. berfikir lain plak....
DR. HENSEM : Habis?. Stress dgn suami?.
AIN : Eh takde la... tu suami ada kat luar... (Ain ketawa sbg menidakkan spekulasi itu).
AKU CUN : Tak... tak.. bukan stress dgn suami pun. Hahaha...
"IRP ooo IRP... doktor sangka kita bergaduh la darling, maka itulah ai dpt gestrik ni" - IRP sama2 gelak mendengarnya.
Anyway ai suka cara doktor tu. Berphycology.... blom makan ubat lagi dah rasa sembuh mendengar soalan2nya yg melucukan hati. Paling membuat aku terharu ... dia bagi aku free ubat demam. Waa bagus la doktor ni... mmg wajar dicontohi.
p/s : air badak tu... Ain paksa ayah dia beli dan paksa mamanya minum. Aku tak kisah minum pun tp boleh tak perkataan BADAK tu tukar sikit kpd nama lain??. Air berlian ke... senang sikit tekak aku ni nak telan.
Hehehee...kelakar pulak dr tu..selalu jumpa dr serious jer...:-)
ReplyDeleteMemang dah rezeki saya hari tu Wa, selalu dpt doktor serious...kali ni dpt yg kelakar plak.... dah la kelakar, hensem lagi!. Terus hilang segala sakit2.. hahaha..
DeleteHaha.. mak datin sam sakit ni pun semoat buat lawak ye.. bagus doktor tu..lega hati kita yang datang dapatkan perkhidmatan ni.. ha..lain kali kena jaga diri, kang orang ingat sakit sebab gaduh dengan suami lagi.
ReplyDeleteBetullah Aisy.... pasni kalau sakit gestrik kena diam2 tau... takut2 mengundang fitnah dikata gaduh dgn somi plak... hahahaa...
DeleteBagus doktor ni, ramah...selalunya doktor ni tanya soalan menjurus terus..
ReplyDeletehahahhaa..
MM, moga cepat sembuh gastriknya..dah nak raya ni..jangan berlarutan..
jaga makan okey...
Ha'ah.. menenangkan hati bila deal dgn golongan yg berperwatakan sedemikian.
DeleteTq Linda atas doa.
Pertanyaan , awak cikgu ke memang sangat2 common kut MM. Orang pun kerap tanya Mummy soalan tu.
ReplyDeleteMasa duduk di Nilai dulu orang kerap tanya awak kerja pramugari ke? Ye la kawasan perumahan Mummy duduk dulu tak jauh dari KLIA/LCCT. So memang ramai pramugari/pramugara duduk kat taman tu.
Waa dasyat!. Mmg ada tokoh pramugari pun Mummy... kalau dilihat dari segi ketinggian.
DeleteHaha... I tak muntah tau. You memang retis glamour you..
ReplyDeletesam.. salam ramadhan.. maaf lama tak singgah rumah..
I yakin Dinda mesti tak muntah sbb arini posa... muntah dgn sengaja batal tau Dinda!. kekeke....
DeleteSalam ramadhan Yong... Kanda pun nak mintak sorry jugak sbb blom sempat BW ke blog Yong..