Sorry, aku belum sempat BW sepenuhnya ke blog2 kalian. Sejak siang tadi aku diserang gestrik hingga memaksa aku membatalkan puasa. Huaaa sedih. Ini bermakna puasa yg bakal kena ganti ialah 8 hari dan esok ni pun, hubby aku tak benarkan aku berpuasa lagi.
Sian hubby and anak2 bila kita sakit kan... semua kena berdikari. Dia ajak gi bazaar pun aku tak nak. Bila dah tahap gitu, timbullah cuak di hatinya. Haha.
"Tak mati tak ai.... jgn risau". kataku sambil terus golek2 atas katil menahan sakit.
"Bukan la mati.... tapi ikut je, nanti you duduk dlm keta".
Entah.. bila perut dah memulas2 semua benda jd tak bermakna lagi.
Moga esok Allah kembalikan kesihatan aku. Aku ingin berbakti pada keluarga.... Ececeh... Kesian Ain terpaksa masak sahur sensorang malam ni. Sbg balasannya Mama doakan moga Ain dapat suami yg soleh, penyayang dan membahagiakan Ain 24 jam sepanjang zaman, dunia dan akhirat.. Aamiin. Hahaha.
IRP speku semua ni berpunca dari IFTAR yg kami hadiri mlm semalam. Memang pun... aku melantak pelbagai jenis kerabu tak ingat donia. Kerabu mangga + kerabu daging + kerabu udang + kerabu ayam. Waaa mmg marvelous semuanya!!. Pastu makan mee kuning lagi.. dan ironinya inilah jadinya... gestrik pun mari!!!. Padan ngan muka Sam!!. Dah la masa sahur plak masak nasi goreng cili padi. Satu kombinasi penciptaan gestrik yg berjaya!. Syabas!.
ini pula, mee tersedap di dunia - kata Qistina. Mee Bariani dari bazaar UDA - antara menu berbuka puasa kami mlm ni. |
Bagaimanapun apakah punca sebenar yang mempengaruhi penyakit ini dari sudut perubatan?
- Pengamal ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb.
- Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
- Orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain. Penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
- Orang yang berdarah jenis A.
- Pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
- Perokok.
- Pemakanan yang tidak terurus.
- Stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.
p/s : Ketika serangan sedang berlaku, pengidap gestrik dilarang makan roti.
Hehehe..cabaran dibualan puasa ni....:-):-):-)
ReplyDeleteLa..roti tak boleh? Saya selalu makan roti kalau diserang gastrik manja.. nape agaknya ya?
ReplyDeleteIni dicampur dengan semalam tak sahur juga kot? Sian sam.. banyakkan rehat dan jangan makan banyak pedas masam lagi k.. selamatla mengganti puasa banyam sikit.. hihi.. sabar
Dah lama tak kena gastrik...masa study dulu kerap sangat...
ReplyDeleteMm..moga cpt lega..take care..jaga makan kalau gastrik...
ReplyDeletepedas2 mengundang bencana dlm perut,ketika seharian berlapar..
ReplyDeletetu meehoon tu nmpk terbuka selera..
alaaa sian MM, semoga cepat sembuh.
ReplyDeletehany igt lg 2 thn lepas buffet iftar 3org dgn mmbe, tapi hany je yg kena cirit birit ni. mmbe tu rilek je, padahal mkn mknan yg sama. tapi yer lah mungkin pinggang yg hany guna, or sudu yg hany guna tu yg ada masalah kan. bukan mknan sbb orang lain elok je.