Saturday, September 6, 2014

Jangan Dilayan Sangat

Masih ada saki baki demam lagi.
Tapi...demam ni.. kita jgn bagi muka sgt tau Uolls!!.
Jangan dilayan!!
Harus gagah2kan diri..
Kalau tak... dia makin mengada2..


Memang la rasa tak selesa... 
tapi itu tanda Allah sayangkan kita..
ingin menghapuskan dosa2 kecil kita..
so berterima kasihlah sbb rasa disayangi..




Betul tu... tapi itu pun kalau kita sabar la ya puan2 atas apa jua yg telah direncanakan oleh-Nya kpd kita.  Sesungguhnya perencanaan Allah ke atas setiap hamba-Nya adalah yg seadil2nya.


Jalan2 petang.. melayan tekak yg demam..


Jakon anak2 aku melihat unggas2 kecil nan berterbangan pulang ke sarang.  Eh!. Aku pun sama2 jakon... haha.. sbb dah lama rindukan suasana sebegini.  Masa kecik2 dulu, selalu.  Time duduk2 atas pelantar waktu senja.. sementara emak sibuk memarut kelapa, kami memang suka mendongak ke langit mengira ribuan burung terbang beratur membentuk pelbagai patern.   (sila bayangkan wajahku nan comel berbaju kurung kain siam ketika itu.. sila2... haha..).




Mcm mana nak menyahut cabaran  kengkawan yg nak tengok aku 55kg.   Selera makan makin mengurang skg ni.   Postpone la cabaran tu utk tempoh 2 bln lg.  Seminggu tak cukup. 



Tolong simpankan resepi sambal steamboat yg "teman kanak2ku" bagi ni..
Credit to :  Siti Hairiah Bahrom

Yg x muat dlm print screen tu ialah.. gula, garam.. jgn lupa bubuh.


Tiada istilah MC untuk isteri dan ibu yg demam ye..
Dapur tetap berasap.  Roti Gombal again.  Resepi :  sila click label RECIPE.

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...saya tak delete pun komen ni...

      Delete
    2. Eh! pelik pulak ye. Mungkin atas faktor2 ke"cikai"an hp I kot. Kecik sgt keyboard... silap tekan sikit terdelete.

      Atau.... blog ni berpenunggu?. Jom lariiiiiiiii...... hahaha.

      Delete
  2. MM, semoga cepat sembuh spenuhnya...aamiin. Roti gombal? menarik je mm.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.