Monday, October 6, 2014

Sepulang Dari Desa

Assalamualaikum... wbt and salam sejahtera buat non Muslim.


Apa khabar percutian rayamu?.  Aku?.  Sebagaimana gambar2 di bawah.  Tapi sorry... takde gambo kuih raya, menu raya... apatah lagi lembu.  Yg sempat aku snap hanyalah gerai2 tepi jalan yg sempat kami singgahi sepanjang percutian.



Sesungguhnya... satu nikmat terindah bila jenjalan, tetiba terjumpa gerai macam ni.  Pastu makan dlm keta reramai. Ianya satu nikmat yg lebih best dari .... dari apa ye?.  Dari tengok wayang?? (sebab aku tak suka tengok wayang... hehe).  Oh ya.. lokasi adalah sebagaimana tertera pada batu atas tu.  Dlm perjalanan BP - JB.   Ini kat area Pontian.



4 bijik - RM1.    Kami beli keladi goreng, keropok lekor dan pisang tanduk makan dlm keta.



Ada kerepek2.    Kerepek keladi dia sedap and crunchy! 






Beli jugak keladi selatah.   Alamak!.   Tadi tak perasan plak ada pisang tanduk mentah yg tergantung tu!!.    Dah snap2 ni baru perasan.. haha.   Lama dah mengidamkan pisang tanduk rebus makan dgn kelapa.  Sedap kan?.



Ok lupakan seketika hal kat Pontian.. kita imbas balik waktu kat BP itu ari...  Apa ada di sana.  Check itu out!!!.




Asam Pedas Mak Limah!.   Restoran ni  memang selalu sesak, ramai customer!. Kami makan pun berkongsi meja dgn stranger.   Lokasi?.    Belakang2 KFC tgh2 bandar BP  tu.



Dlm pada.. berkongsi2 meja dgn stranger (yg mana ianya adalah 2 jejaka) - aku buat muka tak malu snap2 gambo. Heee.. pedulik apa..   Kata nak jadi blogger tegar kannnn.   Bukan tu je.. niat utama adalah mempromosikan gerai2 sedap di Johor, tanah tumpah darahku yg tercinta ini selagi hayat belog ini masih ada.





2 comments:

  1. Wah.. niat baik tu Sam. Moga membantu orang lain cari makanan sedap dan membantu bisnessman tempatan juga.....

    Nati boleh jadi hos rancangan JJCm pulak ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... certain2 tempat je kita promo Aisy. Klu layanan diberi kurang memuaskan (service lambat, cashier mulut muncung).. mmg x minat nak promo.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...