Monday, December 22, 2014

Pukul 2 pagi.... Awas! Ini adalah "novel bergambar"

Di malam nan gelap dan sepi ini, berilah  aku ruang untuk menulis sepanjang mana yg aku suka,  aku nak "mengarang novel" ni.  Sudi2kan lah baca biarpun tak sepuitis mana. Hahaha..


PABILA LARUT MALAM...

Setelah seharian bergelak ketawa yang aku sendiri tak pasti entah apa yang digelakkan oleh 4 beranak itu di depan tv, tetiba segalanya sirna.... sirna ditelan mimpi di kamar masing2 yang kian gelap dan dingin, maka tinggallah aku seorang diri mengetuk jemari di atas papan kekunci komputer ribaku yang kian usang yang entah bila akan berganti??. Ternyata aku seorang yang sangat sayangkan suami sebab enggan menyusahkannya. (eh memuji diri sendiri plak).

Biarpun kian usang, aku berharap ianya akan terus berbakti kepada semua. Maka, sudikah kalian membacanya kalau aku hanya sekadar berkongsi resepi kek marble.. eh marble apa dalam BM?. Kek Marmar?. Ok kek marmar yang tak la hebat mana, tapi kalau orang yang malas.. boleh la buat ni.. daripada kau kengkonon nak buat Ganache tapi jadi bingka... kah kah kah.  Oppss!!. 

2 cawan tepung Superfine
1 cawan gula  (aku rasa.. kena kurangkan sikit la.. sebab manis sangat.. tak suka aku)
2 biji telur
1 cawan mentega (next time aku kena lebihkan sikit sbb tadi mcm peroi sgt)
1 penutup vanilla esen
seciput serbuk koko

Cara

1).  Pukul gula dan mentega hingga sebati
2).  Masukkan telur satu persatu
3).  Bila dah kembang... masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4).  Bahagikan kepada 2 adunan... satu biarkan... satu lagi bubuh serbuk koko.
5).  Lengserkan magic pan dgn butter..
6).  Masukkan adunan tadi ke dlm magic pan secara berselang seli.
7).  Guna api sederhana.. (jgn marak sgt.. kang hangus)...  
8).  Bakar selama 1/2 jam.

Actually.. utk saiz magic pan... adunan tersebut perlu digandakan 2, kalau tak... tak cukup.  Aku buat ni cincai je sebab utk makan sendiri kan.


Nak sedap kena la ada ovellete... tapi aku tak beli Dik Non.. sbb dah sold out.   Eh berdik non plak... kata nak mengarang novel yang puitis tadi?.  


Sorry... gambo kek marmar takde sebab blom snap dah ghaib masuk perut.  Anak2 suka.  Jadi, sekonyong2  itu, aku pun upload je la gambar2 ikhsan kengkawan wassap ni..


rajin pulak kawan aku ni tanam keladi.   Tangan aku tak berapa nak sejuk macam dia...




Ni lagi sorang ni... rajin pulak buat waffle.   Satu hari nanti aku nak buat jugak la.. kalau dah beli acuan.



Gapo plop ni?.  Mu suko gi sini ko?.  Bayangkan kalau kat dunia pun dah seindah begini, apatah lagi syurga..  aduhh... insaf jap.


Tengok...   pepagi aku dapat beberapa keping pix... rupa2nya Qistina nak clear memory.. habis semua pix  dia forward kat henset mamanya.  Huaaa.. ko ingat hp Mama ni tong sampah ke?.    Dah berkurun dah gambo ni masa raya itu ari.  Biarpun aku tengok macam tak cun je aku sengih gitu... tetap aku tepek kat sini sebagai kenangan (ingat ye.. hidup bukan untuk selalu dipuji).



Subhanallah... aku rindu tempat ni.  Banyak kenangan manis kat sini di zaman kegemilangan.  Inilah kantin sekolah lama aku.. tempat main jeling2 mata.. kah kah kah.  Opss..   tersasul plak.. maksud aku.. jeling2 mata sebab hot kalau orang tak nak dengar arahan.  Kan aku ni pengawas yg garang konon2nya.




My fren kata ini tapai... snap dari Sarawak.



Buat yang bertanya... hanya ini je stok Corelle yang tinggal untuk tahun ini.   Terima kasih kepada semua pelanggan2 yg pernah berurusan.  Moga berpuas hati.  Sebarang pertanyaan.  014 - 3832069.(wassap only).





Eh apa pulak yang kakak aku forward kat aku pepagi buta ni??



Oh resepi apam balik rupanya..  ok, esok inshaallah aku try buat.  Terima kasih atas perkongsian resepi.

5 comments:

  1. hmmm pukul dua pagi bukak email... nasib yg keluar yg cantik mantik jer... tanak lah kalau keluar tu yg serem serem... ngeri gue dehhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nt next time Kak Mirror buat yg versi serem plak..

      Delete
  2. Salam singgah daripada saya..

    ReplyDelete
  3. wow mcm2 ada.. resepi dn sbginya..
    pkul 2 pg tk tidor lgi kerr..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...