Thursday, January 22, 2015

Entry ni mungkin hambar.... tapi ada tip dan resepi untuk UOLLS..

Assalamualaikum w.b.t 


Mengemas2 tercuba cebisan kertas majalah lama yg tertera pelbagai tip dan resepi.  Sebelum ai buang ai tulis kat sini (konon nak simpan, tapi dah usang sgt plak).  Sambil tu ai tokok tambah ikut apa yang pernah  terbaca or amalkan.  Sorry tiada gambar utk entry ini sbb puan blog tengah busy.


Cara menghilangkan bau peti ais - gunakan nenas yg dicincang, masukkan ke dalam mangkuk.. simpan dlm peti ais.  Inshallah bau akan hilang.  Banyak rupanya khasiat nenas..  Itu ari dpt wassap,  bahagian tgh nenas khasiatnya lebih hebat dari kimoterapi.  Wah!.  Pasni jika makan nenas, bahagian tengah jgn dibuang ye puan2...  makan kesemuanya.  


Untuk hilangkan kesan kopi pada cawan gunakan ubat gigi dgn menggosoknya menggunakan kain bersih.  Banyak lagi khasiat ubat gigi sebenarnya.. antaranya utk mencuci barang kemas atau polish bahan2 kaca spt screen hp, jam tangan  dan menghilangkan jerawat pun boleh juga ye.   So, mari kita applykan.


Ini pula resepi kuih bakar ala2 kuih cara... credit kepada majalah Wanita.

Bahan2nya..

1 kg tepung gandum - sangan
600 gm gula pasir
2 biji kelapa - ambil 3 cwn santan pekat dan didihkan
3 biji telur
1/2 cwn air daun pandan yg pekat
sedikit bijan

Cara

1)  Campur semua bahan kecuali bijan. Gaul sebati hingga tak berbiji2
2)   Panaskan acuan kuih bakar dan sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan.
Tuang adunan ke dalam acuan dan tabur sedikit bijan di atasnya.
3). Bakar hingga masak.


Ok la... itu je nak tulis.   Kalau rajin, nanti nak sambung taip lagi.  Mari banyakkan zikir dan istigfar.

1 comment:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.