Thursday, January 22, 2015
Gaji Ciput Tapi Cukup
Menarik pulak kisah keberkatan yg Cik Lin wassap kat ai ni.. So, ai copy paste kat sini kay. Klu uoll dah pernah baca, anggap je mcm tak pernah sbb ai mmg tgh mood rajin mengkopi...haha. Hari2 buat entry diri sendiri je.. Tentu Uoll pun bosan kan.. lagi2 klu ai upload pix selfie.. muahaha. (Sorry.. Terburuk Sangka Plak).
Copy Paste....
Terkesan dengan kisah seorang tukang kebun yang hanya berpendapatan RM450.00 sebulan
tetapi mampu membesarkan bukan 2,4,6 tapi 8 orang anak!!
Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh & solehah..masya'Allah tabarakallah
.
Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau..tukang kebun ini berkata biasa-biasa sahaja, tidak ada apa yang luar biasa.
.
Hanya menjadi kewajipan beliau, setelah beratur mengambil gaji segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR!
.
Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi berkongsi amalannya, dengan begitu malu-malu beliau berkata:
.
"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium setiap helai, satu persatu, bersama doa:
.
Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu inilah aku dapat sekolahkan mereka...."
.
Subhanallah!
Setiap not- ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji!
Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!
.
Allah ya Allah...
Mungkin rutin kerjanya setiap hari bermain dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah,
rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!
.
Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat gaji?
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur??
~ Ustaz Zul Ramli M.Ghazali ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice sharing. Bersyukur dengan apa yg ada. irrayyan.com
ReplyDeletealpanya diri saya...sekiranya saya mampu buat macam tukang kebun ni buat...subhanallah
ReplyDeleteBetol MM keberkatan tu penting kan. Hany dah lama xdpt gaji haha...
ReplyDeletebetul, sometimes inshaallah cukup hehe
ReplyDeletehuwaaa nanges baca... kita rezeki datang tetiap bulan tetap lah tak pernah cukup padahal semua menda ada.... anak pun takder... nangesss....!!!
ReplyDeleteya allah..jahilnya diri ini...
ReplyDeleteselalu dapat duit gaji cuma cakap alhamdulilah aje
bgusnya n3 ni..
ReplyDeleteingatkn knor jer cium duit... hihi tpi tklh doa satu2 mcm pok cik tu... bt mcm kipas lps tu cium sambil ckp syukur alhamdulillah.. lain kli nk tiru mcm pok cik tulh.
subhanallah...
ReplyDelete