Sunday, January 25, 2015

Jom Kahwin!.

Assalamualaikum w.b.t..


Adik2... mari kita cerita pasal kawin.  :D.    Selalu Kak Mirror dpt luahan masalah dari gadis2 yg terkecewa cinta.  Takut sebenarnya Kak Mirror nak jawab sbb kalau nak suruh ko bercinta.. ibarat macam nak suruh ko dating berdua2an plak.. sdgkan dating itu.. of coz ler berdosa (itu kita tau, tapi kita pernah buat gak kan?.  Entah ler kita kan insan biasa.. cuma sebolehnya kita tak usah menambah dosa dgn menggalakkan org plak).   Jadi.. better Kak Mirror suruh ko kawin kalau memang ko dah cukup masa (wajib) utk kawin.


Udah.. jgn dipikirkan pasal kecewa cinta,  org dah benci jgn dipaksa2 utk suka kita.   Lihat insan2 lain yg lebih mengharap, yg dah lama mengetuk pintu hatimu selama ni, yg ko pandang sepi semata2 org tu tak romantik or whatever.   Mungkin ada "sesuatu" dlm diri mereka.  Lagi2 kalau org tu alim.  Jgn dilepaskan. 




Kau tak memerlukan seorang yg sempurna utk sebuah pernikahan... kerana tidak ada insan yg  sempurna. Jika kau melihat jejaka nan kacak dan tampan...  ada lagi jejaka2 yg lebih tampan di daerah lain, atau negeri lain.. atau negara lain, jika kau  melihat gadis cantik, di tempat lain, ada gadis yang lebih cantik, lebih mulus.  Tak usah nak eksen sgt yg kacak2 tu. Ok.  Kekeke.


Apa yg kau perlukan hanya insan yg sanggup menemanimu, mengerti dirimu, sanggup  menerima tiap kekuranganmu.  Malah rela menjadi sahabatmu dalam suka dan duka, melewati hidup bersama dalam segala keadaannya.   Sebab kita tak selamanya cantik.  Jgn nanti habis madu sepah dibuang.




Kau tidak memerlukan seorang yang sempurna untuk menjadi suami atau isterimu, sebab memang tidak ada lelaki sempurna, tidak ada perempuan sempurna.  Siapapun yang kau pilih untuk menjadi pendamping hidupmu, ia selalu memiliki kekurangan. Sebagaimana dirimu pun memiliki kekurangan.  Secantik2mu... kau juga ke toilet tiap hari.. kan?.   kekeke.  Lain la kalau kau bidadari.


Maka jangan pernah mengharap sebuah kesempurnaan dari seorang manusia. Sebab kesempurnaan hanya milik Allah SWT.  Kau hanya perlu memutuskan untuk memilih seseorang yang mencintaimu kerana Allah. Sanggup menemanimu kerana Allah. Dapat membahagiakanmu kerana Allah. Ha Gitu!.  Kay! Tang cara2 pilih somi, Islam telah menggariskan.. kau ikut je panduan itu.   Selebihnya kau istiharah dan berserah.  


Banyakkan selawat.. moga Jodoh dipercepatkan.  Moga kebahagiaan menjadi millikmu selama2nya hingga ke pintu syurga. Aamiin.




p/s :    Tapi yg masih sekolah.... concentrate la sekolah.  Jgn kelam kabut sgt... better late than never!




2 comments:

  1. MM dh mcm kaunselor nikah kawin plk.... bgus2.. sbb anak2 dara ramai sgt gatal.. elok kawinkn jer.. yg pnting lelaki tu khatam al -Quran.. boleh jadi imam.. test dulu baca fatihah tajwid semua btul ok bleh kawin..

    ReplyDelete
  2. betul tu kak sam...kalau rupa ada perangai buruk pun tak guna juga...kalau kerja bagus pun 2 3 tahun kahwin dah bercerai lg tak guna..cari jodoh yang tahu tanggungjawab...bg yan kalau dia pandai jaga keluarga ..tentu dia pandai jaga kita..dan agama juga pnting..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.