Monday, February 2, 2015

Buat Rumah Kat Syurga

Mood ngeblog ke laut,  dari belog ni terus bersawang, ai "kopipasta"kan artikel yg kawan ai wassap ni.  Karang uoll free2 baca la..  Mana la tau, busy.  Cuti Hari Wilayah la katakannnnnn...   Lagi bagus kalau uoll baca pagi2.. pastu terus terinspirasi utk melaksanakannya pagi itu juga sbb byk fadhilatnya.

Assalamualaikum!!!.  Ai sihat.. jgn risau.    Meh kita bina rumah kat Syurga, confirm tak kena banjir.   Bersenang lenang, segalanya hanya di depan mata.



Fadhilat2 Dhuha

Dosa Terampun

Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”


(HR Tarmidzi)




Orang yang bertaubat



Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.



“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”



(HR Hakim)




Direkodkan sbg Orang yang Taat

Akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.


“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.


Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.


Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.


Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.



Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."


(HR At-Thabrani)



Masuk Syurga Dari Pintu Khas

Waaa bestnyaa!!.   Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.



“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,



"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”



(HR At-Thabrani)




Rezeki Cukup

Allah swt mencukupkan rezekinya.



“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”


(HR Abu Darda)




Sudah Bersedekah

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.


“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.




Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,

setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.


Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."


(HR Muslim)


Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.  Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.



[Dilakukan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]




4 comments:

  1. Salam... informasi dan tarbiah yang berguna...

    salam singgah

    ReplyDelete
  2. insyallah akan amalkan...ingatan yang baik

    ReplyDelete
  3. Fadhilat Dhuha itu memang terbaik la..

    ReplyDelete
  4. solat dhuha ni mmg besar hikmahnya..semoga kita sama2 istiqamah, ber-dhuha selalu.Amiin

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...