Monday, March 30, 2015

Isteri Penyumbang KEMUDAAN Seorang Suami?? & 14 keping gambar yang tidak berkaitan

Assalamualaikum....   

Hari ni ai belanja gambo berkeping2 utk korang angkara aritu ada yang bertanya... "apa cerita dgn ko punya DSLR.. macam dah lama tak gunakan kat belog je?".   


Ada.   Ada Yunk!!.   Cuma ai malas je nak bawak kulu kilir...  tapi untuk melepaskan ia pergi... tak mungkin.    Biar pun ia semakin usang...  ia tetap kusayang.   Ibarat seorang isteri, makin lama dikahwini... makin la suami sayang.   Lagi2 kalau makin lama makin lemah lembut, makin tak banyak membebel.

Eh!.  Menyebut pasal  bebel.  Ritu kawan2 ai ada membincangkan satu topik "AWET MUDA".   Semua gara2 keterpesonaan pada satu retis yg awet muda.   Nama retis adalah rahsia.   Kikiki..  kang kembang plak idung dia kena puji.


"Agaknya bini dia tak kuat bebel kot?.   Lelaki kalau asyik kena bebel bleh cepat tua tau".   ujar kawan ai, Mr.  Remos bukan nama sebenar.

"Setuju.. kita ni kalau asyik kena bebel je..  bleh stress jadinya".  Jawab si Legos, pun bukan nama sebenar. 

Ya ke puan2?.   Wajarkah isteri dipersalahkan  atas punca2 penuaan itu??.   Apa kata anda?      
























Lokasi :    Fremantle, Scarborough dan lain2...



3 comments:

  1. Indah suasana jika ada bebelan...
    bila tk ada rindu rinduan plkkkkk nti

    ReplyDelete
  2. kalau perempuan stress pun cepat tua juga ...jadi kita kena senyum selalu :-)) jangan stress lama2

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...