Tuesday, September 22, 2015

Qorban Aidil Adha

Kisah benar tentang Qorban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati² yang tidak berapa lembut ini..


Menarik kisahnya, seorang anak & ibunya yang sudah tua & uzur bersama seorang pedagang binatang Qorban..

Alkisah diceritakan oleh seorang pedagang binatang qorban tentang pengalamannya:

Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang perhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan ibu…”,
Lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ya..kalau yang itu berapa Encik?”.

“Yang itu RM700 ibu,”
Jawab saya ringkas.
“Berapa Harga terendah?”,
Tanya kembali si ibu.

“RM600, harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…

“Tapi, wang saya cuma ada RM500 saja,
boleh Encik?”, pintanya.
Aduh.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman & saya pun bersetuju walaupun tidak untung..

Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qorban tersebut sampai ke rumahnya.
Sebaik sahaja tiba di rumahnya, lalu saya terkejut.

Astaghfirullah……
Allahu Akbar…
Terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.

Rupa²nya ibu itu hanya tinggal bertiga dengan ibunya & anak lelakinya yang masih kecil di rumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pun ada tilam, kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik.

Dilihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar & bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik & terhalang dari pandangan.

Di atas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak..
Tengok ni, saya bawakan apa di rumah ini?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur & akhirnya terbangun.

“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk dibuat Qorban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh keceriaan & puas.

Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berqorban”.

“Ini Encik, duitnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha kumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qorban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.

Kaki ini bergetar..
Hati terasa sebak..
Dada terasa sesak..
Sambil menahan titisan air mata, saya berdoa..

“Ya Allah…,
Ampuni dosa hambaMU ini,..Aku malu berhadapan dengan hambaMU yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Encik... ini ada sedikit wang upah kerana menghantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya & tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah ibu, biarkan kos hantar saya yang bayar" dengan wajah yang malu & sayu.

Saya cepat² pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah berair kerana tidak sanggup mendapat teguran dari ALLAH yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan & menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah..
Allahu Akbar..

🔹Moral of the story..
Wahai diriku & sahabat²ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...tidak perlukan harta berlimpah & berjuta².

Tidak juga perlu punyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Tun..tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, Menteri, Ketua Pengarah atau pun Mufti..tidak juga perlu punya kuasa mutlak & pengaruh yang dibeli dengan wang ringgit...

Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.

Berapa ramai di antara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan & pelbagai halangan untuk berkorban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah...

Kalau pun bukan harta dan wang ringgit,  Sekurang²nya masa & tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..

Ramai dari kita termasuk saya.. masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung.. masih khuatir simpanan akan berkurangan & habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli hp mahal, jam tangan & beg berjenama, atau pelbagai  aksesoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan dgn harga seekor haiwan Qorban atau pun sebahagian 1/7 darinya.

Kenapa kita rasa sprti tidak mampu, atau masih lagi suka tangguhkan melakukan perkara² & kerja² kebajikan & amal soleh.?

Hakikat sebenarnya..
Kita mampu... kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..Kita mampu melanggani Astro, Mio, Singtel atau Starhub, kita mampu melancong ke dalam & luar negara. Kita mampu makan makanan yang mahal² di restoran & hotel yang mewah.

Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah & ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qorban....

Namun sering kita sembunyi di sebalik kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat & kenyataan ini..

🔹Muhasabah diri:
Tanya pada diri kita yang mampu ini, sudahkah kita kerjakan ibadah qorban sebelum Allah menarik sedikit demi sedikit rezeki yang dikurniakannya, sementara kita masih lagi diberi dan dipinjami nafas untuk hidup.!

🔹Renung Renungkanlah
🔹 Fikir Fikirkanlah...Terasa sangat keinsafan, sering kali kita mengeluh & merungut tidak ada duit yg cukup.

🔹Astaghfirullah..
Ambillah ini sebagai iktibar, sebagai nasihat, sebagai peringatan dan muhasabah untuk diriku jua..


Sumber :  Copy paste dari wassap group. Credit kpd pemilik asal tulisan ini.

3 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.