Syukur hubby dan Ain dah kembali ke pangkuan...
Bohong la kalau aku tak sedih berjauhan dengan suami... especially di aidil adha yg lalu. Tapi alhamdulillah.. berjaya pun aku lalui semua tu dgn sejahtera walau sekali sekala bersulam air mata, bersulam demam. Sungguh pun begitu, kena la berlagak2 macho kan...... takde pengorbanan usah bicara soal kejayaan (pinjam jap kata2 Cikgu Mat Som - penjual termos yg tegar ... ai tolong iklan kay).
Sepulangnya suami ke tanahair, dapat la jenguk emak aku kejap raya haji aritu. Kata my SIL, happy kemain Mak aku.. menantunya datang menjenguk.
Malaysia tengah jerebu teruk kan mutakhir ni?. Ain balik sini pun dengan saki baki demamnya yang belum hilang. Musnah impian Mamanya nak berkirim kain ela. Aku belum jumpa lagi kedai fabric yang menepati selera kat Aussie ni. Ada jumpa satu kedai Somalia tu.... tapi rega dia mak aiiiiii...... tak sepadan kualiti. Semalam google2 ada terjumpa sebuah kedai di Victoria Park... tapi belum sempat terjah lagi.
Bagaimanapun my biras ada menghadiahkan selai ole2 bandung kaler block yg cantik tu ari (thanks). Harap2 tailor tu menjahitnya dengan cantik!. Musim panas seakan memunculkan dirinya skg ni.... sememangnya masa yg sesuai utk memperagakan baju2 kurung.

hhaha.. berapa lama rindu-rinduan hari tu? ha, tak lalu makan bila suami tak di sisi ya?
ReplyDeleteJauh beza makanan bila suami tiada ye sam..
ReplyDeleteSiapa tak suka bila dapat duduk dekat-dekat. Tapi itulah adat dunia. Kadang-kadang kene berjauhan disebabkan tugas.
ReplyDeleteMemang sedih bila orang tersayang tak ada disisi kan..tapi jauh dimata dekat dihati.Berat lagi mata memandang ,berat lagi bahu yang memikul..moga Miss Mirror sentiasa tabah diperantauan.
ReplyDelete