Wednesday, December 16, 2015

Diceraikan kerana tak masak

Hello!!. Assalamualaikum..

You know... kawan aku diceraikan suami dgn alasan tak masak... nun tertera atas form pejabat agama suami dia tulis.  Aku yg dengar ni hangin sendiri tak tentu pasal... haha.  Mak nak meroyan Nak... sbb nyampah dgn lelaki jenis cenggitu.  Bagi la alasan lain kok ye pun.... jaga air muka anak2.   Lagi pun isteri kan cuma bertindak sbg membantu suami..


Entah la.. betul ke beliau tu tak masak?. Sbb dia takde belog mcm aku.. yg boleh show off bagai (haha... show off ke kita?)... dgn caption ... "Ini la menu lunch aku.. ini la masakanku utk my darling...ini la yg kumasak di Rumah Mertua.... bla bla bla...".   Dia bukan jenisnya.  Jadi.. Ku amat simpati dgn nasibnya.












 Meski pun aku ni jenis isteri yg masak,  tak berapa setuju dgn lelaki yg buat alasan masak sbg jalan utk arah penceraian.  Benda tu kan boleh dirunding.  Isteri utk dibimbing... bukan utk disakiti.


p/s :   Seandainya kau boleh qanaah (bersyukur dgn apa yg kau milikki..).  Kau sama dgn raja. 
~ imam syafie


22 comments:

  1. aishhhhhhhhhhhhhhh akakpn dah naik angin kalu gitulah alasannya.

    bagilah alasan gatal - nak kawin lain, nak berbini baru, bla. bla. bla...

    kan dah naik angin.. (biasanya silent reader jer.. hi3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hangin kan kita dengar.. Kak Umi.

      tq sbb jadi silent reader selama ni.. I appreciate it.

      Delete
  2. suaminya tentu bukan suami yang baik....kesian isterinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suami yg baik pasti terima segala kekurangan isteri.

      Delete
  3. hmmm alasan yg sangat x munasabah.huhuhu...

    ReplyDelete
  4. ya Allah...kot ye pun takkan la kerana isteri tak masak ko nak ceraikan...hmmm...entah apa2

    ReplyDelete
  5. xmunasabah lngsung alasannye..kahwin bkn utk mkn

    ReplyDelete
  6. Oh sadisnya..biar betul...patutnya lelaki yg masak..ppompuan makan apa yg dia msk....baru sedar diri tu...kn.
    ingat sng nak mskkkk..meleleh peluh..kui..kuilah org laki gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kann...Kak Nor.
      Patut contohi cara Rasulullah SAW.. bangun2 wife tak masak.. tros puasa sunat.

      Delete
  7. alasan semata...ciisss...

    eeerrr..saya jarang masak..walaupon suri rumah sepenuh masa..ngeeee...kalau dapat laki macam akak cerite tu..agak nya dah lama kene cerai...[nauzubillah]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin memang tak berapa cinta dgn isteri agaknya Aty.. kalau cinta.. tentu sanggup terima isteri seadanya, yg telah mengandung dan melahirkan zuriat2nya.

      Delete
  8. Takpe. Eloklah diceraikan dari merana sebab tak tau masak. Insyaallah, ada jodoh baru, ada lelaki lain yang lebih menghargai nanti.. percayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... inshaallah. Anyway,beliau seorang yg terror masak sebenarnya Che Mid, cuma mungkin faktor kesibukan menjadikan beliau tak sempat menyediakan hidangan.

      Delete
  9. Maaflah pada kakak suami yg begitu suami yg jahil agama. Sebenarnya kalau ikut hukum Islam semua itu tanggung-jawab suami. Tapi tradisi yg mengatakan masak itu tanggungjawab isteri.. sedih kan:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. saya setuju dgn Kak Zakie. Bukan je suami yg jahil.. kdgkala kaum Wanita pun ada yg jahil agama bila bab ni.. cthnya: Si polan mengumpat si polan kerana tak masak.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.