Ain, Qistina dan Shashal..
Bacalah puisi ini..
Moga melonjak inspirasimu...
Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu..
Dan merantaulah
ke negeri orang.
Bermusafirlah..
Nescaya kau akan dapat ganti
orang-orang yang telah engkau tinggalkan..
Berlelah2lah..
Manisnya hidup
terasa setelah lelah berjuang.
Aku melihat air menjadi rosak..
kerana diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih..
Jika tidak, ia menjadi keruh menggenang.
Singa jika tidak tinggalkan sarang..
Tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur
Tak akan kena sasaran
Jika mentari di orbitnya, tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa
jika tidak digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa
jika kekal di dalam hutan.
Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu.. (wahai anak2ku)
Engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru..
Dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya..
(Aamiin.. ini doa Mama).
Pergilah engkau merantau..
untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu..
Ada lima kegunaan...
1). Menghilangkan kesedihan
2). Mendapatkan penghidupan
3). Mendapatkan ilmu
4). Mengangungkan jiwa
5). Bergaul dengan banyak orang.
karya Imam Shafie
p/s: Demimu wahai anak... Mama akan sanggup berkorban.
Suatu malam di Sydney..
Paddy's Market... eh!. usah digossip Dong.. ai tak kenal jejaka kat sebelah tu.. Gi Sydney berdua je dgn si Ain.
kebulurkan nasik punya pasal... dapat makan nasik berlaukkan kebab yang tak berapa nak menjadik ni pun dah bersyukur..
pix2 berlokasi di Sydney..
#throwback
Sungguh benar bagai dikata
ReplyDeleteImam tersohor ikutan kita semua amat tajam pandangan
Jadikan renungan. Sam sekarang sedang ikut seperti yg disarankan. Alhamdulillah.
T.kasih Kak Zakie.
DeleteItulah Imam Mahzab kita Sam..
ReplyDeleteSemoga menjadi pendoman buat diri kita dan anak2 kita ..
Mudah2an Nur Hayati..
Delete