Thursday, January 21, 2016

Cerpen Hujan Di Sydney (2 pix makanan)

Padahal... kejayaan terhebat seorang Hamba adalah ketika mendapat buku catatan amalnya dari tangan kanan..

Sementara gelaran terhebat pula ialah.. Husnul Khotimah..  bukan Datin etc ye...
OK.. itu je tazkirah Jumaat kita hari ni.. ye Sam... sebab nak mengadu domba episod siang tadi.

Alkisah.. tetiba Sydney menjadi gulap gelita.. hujan mula membasahi bumi. Kakiku yg melecet semakin nyeri.. akibat berjalan mundar mandir di Spring Wood tengaharinya, sebuah daerah perbukitan yg diserikan dengan keramahan penduduknya. Jauh beza dgn Town Hall (area bandar).

Meski pun begitu, ia masih tak mampu memujuk anak daraku yg gusar dan bermuram durja.  Aku pun malas nak pujuk.. sebab bukan minatku nak mendaki perbukitan... dgn cable car plak tu.. haihh tak minat aku.  Memang ada hikmahnya pun tertinggal keretapi.  Dah 2 hari dah.. nak pegi asyik terlambat.  Pukul 5 tempat tu tutup.

So, kami pun memutus untuk pulang semula ke Town Hall sebab hari dah merangkak senja. Hujan mula lebat.. hatiku mula gusar.  Allah memang dah design aku macam tu... bila senja masih di jalanan.. kesayuan menyapa2.  Bagiku.. definisi senja dan hujan adalah.. "menghirup kopi di rumah bersama keluarga".

Ain bergegas beli payung di gerai cenderahati berdekatan sebab jarak ke Restoran Delima masih jauh nun berdekatan Darling Harbour.  Niat utama nak cari Nasi. Rinduu sgt nasi setelah asyik dgn french fries Oporto saban hari. (oh ya.. kat bilik takde dapur OK.. klu tak, pasti ai masak sendiri).



Eh!.  Macam Azizah Juari pulak muka ko ni ye?.   Pandainya melukiss..


Terima kasih membenarkan kami menumpang solat di ruang belakang (walau tak ada surau).  Appreciate it so much!!.  Moga bisnes terus maju.


Keropok dihidang sementara menunggu hidangan dimasak.
Sedap "IBU sambal" yg merah tu.


Walaupun tempatnya agak ekslusif... harga agak berpatutan.

Kami berdua oder :-

Soup jagung Asam
Ayam ala penyet
2 nasi putih
Kesemuanya hanya 40 dollar.
Air masak dah hidang siap2.

Dari segi rasa memang tip top.. terubat kerinduan hidangan di rumah.


Catatan 1.40 pagi  waktu Sydney.

1 comment:

  1. Sedap ke sam..sup jagung asam tu..belum pernah cuba lagi..ermmm

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.