Sunday, January 3, 2016

Detik 11 Malam

Siri "menginap di 5 star hotel" dlm entry semalam nampaknya sesuai untuk siang je guyss.    Guess what?.

Sedang kami 3 beranak bergelak tawa dlm kemah, tetiba ada suara yg memeranjatkan.  Dia kata ada buaya.  Irp pulak jauh kat jeti.  Jadi kitorang malas nak layan.  Tapi tetap berulang dia kacau2 kemah tu dari luar ala2 nak prank!.  Kali ni terus rasa seram.. sebab kata2nya berbaur 18sx.  Maunya tak seram kan?.

Rupa2nya sekumpulan anak2 muda yg tengah mabuk.  So.. apa lagi.. Ain pun cepat2 call Abah dia.. dan kitorang pun bergegas balik sebelum kejadian buruk berlaku.

Patut ler pun semalam aku nampak family yg berkemah mcm kitorang ni balik seawal mungkin.

Terinsaf seketika akan nasib homeless.  Especially yg pompuan2.  Cemana dorang ni kalau mlm nak tido?.  Ada tu ari aku sempat "menginterview" golongan ni.  Cehhh mcm wartawan plak aku.

"My family in heaven". Jawab wanita sebayaku itu sambil tersengih bila aku tanyakan tentang keluarganya.

"Last night I slept in de toilet".  Ujarnya lagi dgn ramah walau aku tak tanya pasal hal itu pun.   (Aku membayangkan gaknya dia kunci bilik air tu dari dlm utk keselamatan.. pastu tido duduk.. alih2 siang).

Sungguh pun nasibnya begitu.. senyuman sentiasa terpancar di bibir seolah2 tiada satu masalah pun. Sesuatu yg harus dipelajari di situ.

Sekian.  Selamat kembali ke sekolah untuk rakyat Malaysia.







2 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...