Monday, January 18, 2016

Opera House

Alhamdulillah... kenyang dan sedap jugak mlm2 mcm ni  walau sekadar makan magi cawan curry laksa brand Mamee. Selama kat Sydney ni blom sempat lagi pegi Woolworth (ala2 Jusco kalau kat Msia).  Jadi.. takde la stok buah2an dlm bilik hotel. Mujur ada bwk sikit bekalan dari Perth (biskut dsbnya)..  takde la kebulur sgt.



Bila menyentuh hal makanan.. memang rindu sangat Malaysia sebab 24 jam Kedai mamak Bukit Bintang tu bukak kan?.

Petang tadi cuma sempat makan Churros kat Darling Harbour.  Darling Harbour ni kalau kat Jb.. lebih kurang Danga Bay yg menyajikan banyak seafood.  Kat situ la terletaknya Opera House.






Kalau sanggup makan ayam tiap hari, boleh la makan di Oporto.  Kawan ai ada suggest Kedai Pak Wan di Darling Harbour tapi hingga setakat ni aku belum jumpa lagi kedai yg dimaksud.  

Isnin Paddy's Market tutup hingga Selasa.  Rabu onward baru bukak.. tu pun hingga pukul 6 ptg.


Oh ya pix atas tu plan keretapi.  2 dollar je naik keretapi untuk ke Opera House.. sebab... aku kan student kannn.  Ticket masuk ke Opera House (untuk menonton theater dia).. 49 dollar ke atas bergantung pada cerita apa yg korang nak tengok.  Beg kalau besar sgt kena tinggal kat kaunter untuk mengelakkan kita terbawak kamera. Pengambilan pix dlm bangunan tidak dibenarkan sama sekali melainkan di luar bangunan.

nota :  Gambar2 berkaitan.. akan diupload sekembalinya ke Perth.. inshaallah.

6 comments:

  1. Lumrah bila diperantauan selain rindu keluarga, makanan juga dirindui sama kan Sam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu sgt makanan2 Msia.. Kak Zakie.. especially pisang goreng.

      Delete
  2. Taklah jauh ye...tak sbr nak ngok next n3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah akan diupdate dari semasa ke semasa K.Nor.. asalkan takde yg boring. Hihi..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.