Monday, February 1, 2016

BerDANGA BAY Di Perth - 6 Gambar

Assalamualaikum w.b.t...

Kita dah boleh "bersydney" dan "berDANGA BAY" di Perth sekarang ni..  sebab mulai 29hb Januari yg lepas Elizabeth Quay yg letaknya berdekatan mercu tanda Swan Bell (menara loceng tepian explanade) telah pun dibuka.




Tidak la adil kalau nak bandingkan tempat ni dengan Darling Harbour di Sydney tapi sebagai Perantau Perth macam aku... aku memang amat berbangga dengan kewujudan tempat riadah seperti ini.   Kiranya ini adalah umpama doaku yang dimakbulkan..  Thank you Allah and Perth.. :)






Gerai2 makanan banyak!!!.   Cuma...  satu je yang kurang, yang Halal sukar ditemui.  Sapa nak datang, bawak la bekal siap2.





Ada papan hitam gedabak bak pagar.. untuk pelawat2 berkarya.    Kapur disediakan tapi mata kena bukak luas2 sebab tersorok kat celah2 batu bawah black board tu, silap aribulan memang tak jumpa pun.




Banyak lagi pemandangan yg cantik kat situ sebenarnya tapi SD Card aku dah full ketika itu..  

Next time inshaallah nak datang dengan mangkuk tepen.. hihi.  

2 comments:

  1. seronok nya makan angin... eija agak lama juga bercuti dr mkn angin huhu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eija - Mkn angin kecil2an je ni.. sbb memang duduk sini.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...