Wednesday, February 17, 2016

Misteri Seorang Tukang Cuci

Masa first time menjejakkan kaki ke Tanah Suci (lepas selesai tahalul).. perkara yg Allah perlihatkan pada aku ialah sekumpulan tukang cuci sedang mencuci lantai sekeliling kaabah.

Begitu ralit melihat mereka menolak air basuhan tu secara berjemaah dgn sapu penyodok.  Macam mengasyikkan. Aroma sabun cucian yg wangi menusuk hidung. Wajah mereka tampak riang dan bertenaga.

Mungkinkah di antara mereka adalah seorang Pakcik yg diceritakan ini?



Pakcik ni ditemui oleh si fulan di Masjidil Haram.  Si Fulan menghulurkan duit sbg tanda bersedekah tapi pakcik ni dengan  tersenyum menolak....sambil menunjukkan beberapa jumlah kad bank dan kad kredit yg dimilikkinya.

Si Fulan pun terkejut... "Gerangan siapakah Pakcik ini sebenarnya?".

 Lantas si fulan pun merisik khabar dgn rakan2 sekerja pakcik ni...

Rupa2nya beliau merupakan Multi-Millionaire dan pemilik beberapa hotel di India.  6 bulan sekali datang ke Masjidil Haram untuk menjalankan tugas sebagai tukang cuci. Subhanallah.  Hat off Pakcik!.

2 comments:

  1. Subhanallah..mulianya hati dia kan Miss Mirror...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wa... si kaya yg mulia.
      Moga Syurga tertinggi buatnya.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...