Thursday, February 25, 2016

Selagi Mama Ada

Saja tak update... sebab tak de cerita bermanfaat untuk dikongsi.

Tapi nak upload pix2 ni sebagai kenangan.. "Kenangan cuti semester!!".



Rutin cuti ialah... membahagiakan keluarga.  Erti kata lain.. "memanjakan" mereka.   Haha.. Memanjakan Ain.. sebab nampak dia penat naw sejak kuliah dah mula ni..  takpe nanti dia cuti kalau Mama kuliah... biar dia plak buat.


Rutin malam... buat sarapan (mlm2 buat senang.  Pagi tinggal panaskan).  Skg ada hobi baru... sambil tengok drama "Tanah Kubur" kat Youtube yg dipancarkan ke TV.  Jadi.. terubat ler rindu dgn Msia bila tengok muka Tok Adi.  Kdg tengok Erra Awi (Tragedi Oct)... kdg  tak tengok apa2..  sbb Shashal sibuk dgn katun.





Memang tak cun pun pau aku buat ni.. tapi memang ini yg aku nak... Pau kampung!.

Punya lama aku tak buat pau... sampai Qistina terkejut.

"Mama masak apa tu?".

"Pau..".  Jawabku sambil mengacau inti kelapa dlm kuali.

"Pau!!!!?. P.A.U (dia eja lagi.. hahaha)???!.  Pau yg putih2 tu kan?".  Soalnya ingin kepastian.

"Ha'ah..".

Bertepuk keriangan dia.  Sedihnyaaa.  Padahal 4,5 hari lepas baru je kubelikan frozen pau.   Air tangan ibu juga yg meriangkan dia.

Tepek jap resepi utk rujukan hari muka..

Resepi Pau Kampung

500 gram tepung (aku guna tepung untuk steam bun).
1/2 pkt mauripan
2 1/4 gelas air ( gelas aku bukan sukatan cwn yg standard tu.. tp yg cekudud kristal berkaki.. klu ikut resepi asal air main agak je).
3 SB gula
6 sb minyak

Cara..

Gaul sume.. uli. Perap sampai naik. Tumbuk2 jap.. then bulatkan..boh inti.


Inti - sukati.


Selain tengok Tok Adi, hobi melihat langit masih menguasai diri..  haha...mlm tadi kawan aku post pix yg berlokasi di Rengit ni...



Subhanallah!.  Cantik!.  Sebijik macam  "door to hell"  kat sebuah negara tu..(sila Google).



pix credit to Lilik.





2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.