Friday, March 4, 2016

Ada Benda Senang, Napa Cari Yg Susah?

Assalamualaikum and morning!!

 Kalau ada benda senang. Napa nak carik yg susah2 kan?.  Kalau ada awek yg alim, sopan santun, rendah maharnya... napa dikejar gadis2 yg demand tinggi, dihalang keluarga?.  Sudahnya seumur hidup menjaga hati orang, terhina.

Ini semua cerita rekaan semata... kah! kah! kah!.   Sebenarnya nak kaitkan dgn pembuatan donut dalam kehidupan seharian kita ni ha.   Daripada penat2kan tangan menguli macam nak mati... pilih je resepi simple tapi tetap sedap dan gebu.

Nah!. Resepi donut yg tak banyak guna pergerakan tangan!. Memang gebu dan menjimatkan "lotion tangan" anda.  (asyik buat keja dapur je kdg tangan bleh kluar urat tau!).


Resepi Donut Yang Ke 137.. (credit kpd pemilik fb yg ai lupa nak print screen nama).. moga anda dpt pahala berganda2.


blom Hensem lagi sebab blom tabur gula..

3 cawan tepung gandum
3 sb susu tepung
(resepi asal 3 sb susu pekat..
since ai guna susu tepung.. kena 
tambah  3 sb gula)
sebiji telur
3 sb butter/majerin yg dicairkan
(ai hiris 2 keping butter dan panaskan dlm periuk)
sebungkus yis 
1 cwn air suam

Cara


1).  Masuk yis dlm air suam.. biar berbuih2 - dlm gelas. 
2) Dlm mangkuk lain - Pukul telur + susu + butter cair
3) Gabungkan semua bhn di atas ke dlm tepung.  
4) Uli doh untuk menyebatikan. Takyah uli teruk2.. uli sekdr meratakan.
5). Tutup doh dan biarkan kembang.
6) Kemikkan balik doh dan terap.
(ai tabur tepung atas chopping board utk elak melekit)
7) Panaskan minyak 
8) Goreng donut.. kecikkan api
9) Bila dah keperangan.. angkat dan tabur gula.

this is the best donut recipe ever!.


OK la.. nak makan rojak buah dan siapkan assignment.. 



5 comments:

  1. Intro yg Sam buat bagus bagi kita sama-sama renungkan. Sambil tu tengok resepi donut. Tapi itulah yg tambah kecur di mulut ada rojak buah pulaK:)

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...