Thursday, April 21, 2016

Syafiey Ilias - Dropshipper berjaya

Salam Jumaat..

Masa nampak warga fb upload  siaran tv alhijrah sessi temubual  Syafiey Ilias (bekas Mak Nyah yg kini bertaubat) ni ai baru je keluar kelas. Tros rasa tak sabar nak balik rumah sebab nak tengok sambil makan laici diselangseli dgn suara Shashal yg sibuk bercerita itu dan ini.



Ada banyak point yg disampaikan yg menarik minat ai antaranya tentang doa insan2 tersayang.

Begitu la kan... indahnya hidup disayangi, ada yg mendoakan kita kembali ke pangkal jalan.   Pastilah doa dari ibu bapa atau teman2.  Mereka ingin melihat kita masuk Syurga.




Tuan Syafiey 


Syafiey 1 ikon yg memberi inspirasi kepada peniaga2 on line di luar sana.  Sapa kata "dropshipper" tak boleh pegi jauh?.  Memulakan bisnes dropship seawal usia 16 tahun  dan bergelar jutawan pada usia remaja.

Dlm keadaan beliau yg ketika itu tinggal di asrama yg hanya berbekalkan telefon awam dan ke sana sini naik teksi. Masyaallah!.  Beliau mampu mengumpul pulangan yg lumayan dan menyimpan duit beratus ribu ringgit setahun ketika masih sekolah walau hanya menjualkan produk org lain ketika itu.

Pointnya di sini ialah peranan guru.  Syafie cukup bertuah dikurniakan guru2 yg memahami masalah (kewangan) dan minatnya.   Mulianya lahai.. guru tersebut... macam jugak Lectr2 ai kat sini.. berjiwa suci lagi murni... asyik ai yg kena present.. hua ha ha.  Ai suka... cuma adakalanya berdebor.

Ok berbalik pada kisah Syafiey ni.... sbg pelajar pintar masa sekolah mostly org mengidam nak jadi doktor, engineer dsbnya tapi magicnya beliau jadi peniaga kosmetik pula. Apa yg menariknya.. beliau kata semua yg diimpi tu Allah wujudkan 3 in 1... sometime jadi "pensyarah", jadi "doktor" as well.  (Nak dgr lebih lanjut.. silalah tgk di tv alhijrah.. mlm ni kot ulangan).  Ai pun tak sangka jauh2 merantau ni ada pulak netizen tlg rekodkan siaran tv Msia.   T.kasih ye.

Hidup di dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yg kekal abadi.  Didoakan moga Syafiey terus istiqamah serta sukses di dunia dan akhirat. Aamiin.



No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.