Monday, July 18, 2016

Resepi Popia Itik Ranggup

Assalamualaikum..

Kalau uoll pening tak tau nak hidang apa untuk kawan2 yg datang beraya, boleh la buat popia ranggup berinti daging itik mcm ai ni.


Penyediaan inti...


Kobis, daun bwng, carrot,  lada benggala - semua hiris manjang.

Sedikit tauge.

Hirisan cili + garlic tu untuk sos dia.


Goreng itik dgn sedikit minyak. Balik2kan.
Proses ni tak mengambil masa yg lama..
Takde itik... tukar la dgn ayam atau udang.
Setelah diangkat, hiris halus.


Utk sayur2an...
Goreng kesemuanya selepas bwng layu (ai guna bwng bombay separuh je... garlic takyah).
Bubuh garam, last sekali bijik bijan jika suka.  Resepi ai ni dah dikorea dan westernkan bersesuaian tetamu yg pelbagai kaum.

 Campurkan dgn hirisan itik goreng tadi.


Ni untuk sos dia..
Mcm biasa..  bubuh la hirisan cili merah, garlic, cuka, sedikit pepper, serbuk paprika, garam.
Nak sedap.. bubuh la madu.





Org2 sini suka goreng rentung2..
Suka ati anda nak goreng well done atau sekadar kekuningan.  Goreng dlm minyak penuh ye (deep frying).  Kalau guna electric stove mcm ai... bubuh nombor 1.  Golek2kan 5, 6 minit... angkat!.

Ai lebih suka goreng dlm periuk kecik berbanding kuali  sebab lebih jimat minyak.   Muat la dlm 3 bijik popia dlm tu.




3 comments:

  1. Rumah kakak di kampung sekarang ni itik pun dah tak ada Sam. Kalau nak ikut resepi Sam kena tukar ke udang/ayam yg mudah nak dapat dan cepat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Kak Zakie.. itik dah kurang digemari kat Msia rasa2nya.
      Saja je resepi ni.. utk nampak "rare" kononnya. Hahaha..

      Delete
  2. Suka daging itik.
    Tentu sedap popia tu

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...