Sunday, July 24, 2016

Tip Menangani Gaduh Balik Beraya Suami Isteri

Assalamualaikum.....
Haiiiiii.....


Kalau nak diikutkan...  entry ni sebenarnya entry sedih (sebab melibatkan kisah orang2 tua... sobszzzz)... tapi ai nak buat dalam versi happy je... sebab ai dah penat la nak sedih2.   Tak mo sedih dah sekarang.  Malazzz!!.


Entry ni sebenarnya... ala2 tip untuk anda2 di luar sana bagi menangani kes gaduh balik beraya.  Tapi awas!.  Tak semuanya sesuai untuk ditiru, ianya bergantung kepada tahap mana keserasian kedua besan.  Kekeke.   (Macam kami ni sebab.. rumah MIL time tu lengang..  yg lain2 tgh giliran beraya rumah mentua memasing).


Rajin kakak ipar aku menjahit..
Korang kalau nak merasa jahitan beliau..
bleh kot tanya somi beliau ni



Mak  ai sakit masa akhir2 posa aritu...(biasa la orang tua kan..). Wajahnya yg selalu ceria bertukar suggul, sayu dan pilu...lemah gemalai.. terkejut ai masa memula nampak.  Adakah itu ibuku??.  Bisikku sendirian di tengah2 hari buta yg panas berdentum di rumah Ustazah SA di "Kashmir".... tapi beliau menggagahkan diri menyambut kedatangan ai dan MS yg berhasrat untuk mengambilnya balik ke Pt Sulong (rumah MS). 

NOTA :   MS, Ustazah S.A, Miss Mirror = adik beradik.  IRP = suami Miss Mirror.

Petang nak raya..  IRP jemput ai kat rumah MS dan peluang itu digunakan untuk  mempelawa emak jalan2 dan sopim mopim baju dan kasut raya di K4 Batu Pahat dan berjanji utk menghantar Mak semula balik rumah MS lepas berbuka.  Tak sangka Mak sudi pulak.. (ya la mana tau kot penat ke apa.. badan pun masih terhoyang hayang).  

Destinasi untuk menggembirakan hati beliau ialah rumah adik2nya, sempat ler kami "beraya" di rumah pakcik2 sebelum raya menjelang.  Pastu singgahkan pulak rumah besan (rumah my MIL)... yg mana ai pun akan habiskan mlm raya di sana.

"Mak tengok Mak Sam tu sakit sebab rindukan Sam la...".  Bisik ibu mertuaku.   

"Jom la tido je sini  Kak...".  Pelawa ibu mertuaku pada besannya.


Suka la shawl ni... beli kat Aeon Tebrau. 2 helai 50++.


Pastu ai tak tau topik apa yg mereka perbualkan... cuma yg ai nampak, wajah emak bertukar girang.  OMG!.😱😱😱  Ni mesti emak setuju untuk bermalam rumah MIL.   Ai sebenarnya serba salah... sebabnya abang ai MS dah ada agenda sendiri di pagi raya untuk jalan2 dgn emak... pastu lagi satu... of coz ler ai segan kan.. sebab rumah MIL.. bukan rumah ai sendiri..   


Maka, bermalam la ibuku di rumah besannya dgn ceria di malam raya.... dan bersenang lenang lah hati IRP sebab kedua bonda ada di sisi.. tak yah dok pening2 mikir hati isterinya ni bersayu2 di malam raya tanpa bonda tercinta.   Kelihatan begitu girang beliau melepaskan rindu pada cucu2nya (anak2 ai) yg sekian lama tak balik Msia.






Sedang ai beraya di rumah jiran2 MIL di raya pertama....

Tetttt... tettt..... 

"Eh... Mak ada dengan kau ke?.   Dorang dah sampai rumah aku ni nak jumpa emak...".   Suara MS di hujung talian...

Maka.....  tanpa berlengah, kami pun vroommmmmmm  hantar emak ke Parit Sulong untuk giliran adik beradik lain beraya dgn Mak.   Begitulah ceritanya.   Kesimpulannya... mengumpulkan kedua2 emak di malam raya adalah jalan terbaik untuk menyahkan kemelut rumah sapa nak blk beraya. Hihi..😃😃..  selamat mencuba.
















  





No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...