Wednesday, August 24, 2016

"Cerpen Ain cuma saguhati je Ma".

"Ma... cerpen Ain aritu cuma dapat saguhati".  Suaranya riang tapi bernada kecewa.

"Eh tahniah!.  Ok la saguhati pun!!".   Jawabku ceria sambil mengeluarkan roti sarang lebah dari oven.  Nak makan karang baru siapkan kuah butterscothnya.  Pizza pun dah terhidang.  (Kedua menu ni guna recipe yg sama - just tambah gula  je utk roti tebuan tu.. dah share recipe kot kat older2 post.. check it out under label RECIPE).



Sebagai student Aussie yang mana vocab BMnya dah makin teruk.. hingga perkataan "kemaskini" pun dia tak faham, aku sebenarnya bersyukur Ain masih ada inisiatif untuk mencalonkan cerpen Bahasa Malaysianya  di persada penulisan cerpen tanahair.  Tak ingat tah tajuk apa.. tapi pertandingan on line kat Malaysia.

Flash back aritu.. 

"Buku akaun dah kemaskini.. Ain?".  Tanya Atok.

"Apa Ma "kemaskini?".  Tanyanya terpingga2.

Me & Mil  =  terkejut😮😮

"Kemaskini tu... update sayanggg!!".

"Oo update buku?".


Waktu melintasi jambatan BP (ni Atok dia cerita)..

"Itu ke jambatan yang "disegani" tu?".   Kata Qistina..

What??.   Perkataan "disegani" tu bukan untuk benda sayangggg!!.  

Mama tahu.. masing2 telah berusaha untuk memperkayakan vocab bahasa ibunda tapi kadang tergelak sendiri bila mereka salah penggunaan.. sebab pada usia2 mereka Mama dah mampu kot mengarang karangan BM yg penuh perkataan2 puitis. Kekeke... tapi surat cinta..

Bagaimanapun situasi mereka masih tidak membimbangkan selagi Mama ada.  Inshaallah rela jadi "perpustakaan bergerak" untuk anak2 demi untuk.. "Tak Melayu Hilang Di Dunia". Tak Melayu hilang di bumi Perth... inshaallah.











4 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...