Tuesday, October 4, 2016

Bagaimana Melepaskan Kekasih Secara Baik?.

Entry ni sebenarnya atas permintaan Encik Matsomherbs sebagai jawapan kepada pemuda (silent reader belog beliau) yang bertanya... "Bagaimana melepaskan kekasih  secara baik?".

Wait2...sejak bila blogger Matsomherbs penjual ubat kulit tu jadi doktor lop plak?. 😃😃.  Mungkin bakat terpendam yg baru dihidu oleh follower2nya kot..




Merujuk pada conversation tu, Kak Mirror pun tak tau kes apakah yg membawa saudara untuk melepaskan kekasih hati.  Sebagai berbaik sangka, mungkin wujudnya ketidak serasian.  So, setkan masa yg sesuai untuk memberi kata putus.  Membiarkan pihak sana tertunggu2 ibarat pembunuhan secara senyap. Lagi cepat bagitau lagi bagus..   Tapi kena fikirkan point2 berikut dulu..


1).  Persediaan Mental

Tak ada orang yang gembira dengan perpisahan.  Selembut apa pun ayat2 yang bakal anda keluarkan, kekecewaan pasti bertandang di hati pihak yang anda tinggalkan.   Kalau tak sebaldi, kurang2 2,3 titis air mata akan jatuh bergenangan.    Anda kena bersedia dengan semua itu.  Belikan dulu buku2 motivasi, tafsir alquran, kitab2... ini juga boleh dianggap sebagai hadiah kenangan.


2). Bertindak jujur

Tegas, tepat dan jujur!.  Menabur ayat2 manis will only prolong the healing process.   Kalau boleh biar benda tu cepat settle, cepat move on!.  Senang nanti pihak sana nak cari pengganti.  Nyatakan perasaan anda yang sebenar2nya tapi still dengan ayat2 yang sopan.  Jangan menghina.  Jangan plak nak menyalah2kan.   Be direct in your communication but be gentle in your voice!. So, pihak sana tak terbuai2 dengan ayat2 manis anda.   Ingat!. Orang ni bila dah suka.. apa yg anda lafaz dianggap gurauan.. silap haribulan si dia terus menunggu dan menunggu, tak kesian ke?.  So.. berterus teranglah yang anda tak dapat lagi menerima perhubungan ini... anggap takde jodoh.  Full stop.


3). Being sarkastik

Kah kah kah.... just kidding, tapi kalau sapa2 nak mencuba.. bleh kot? (Zaman2 sunti dulu Kak Mirror pernah cuba tau....dan berhasil).   Sbg contoh. hodoh2kan diri  di hadapannya.   Berpenampilan paling jelek biar dia tak berminat lagi dengan anda.  Tapi... kalau itu pun  dia masih juga setia, baik anda reconsider.









1 comment:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...