Friday, October 21, 2016

Kempen SABAR

Usah dipersoalkan kenapa orang itu buat kita begini dan begitu... Suatu masa tika di "sana" atau mungkin juga bila saatnya tiba, di dunia pun kita akan diperlihatkan mengapa semuanya berlaku kepada kita...
 Segala yg berlaku.. Tidak lain dan tidak bukan ada hikmah utk kita.. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia2..

 (Padahal ayat copy paste kakak aku tiap kali nasihatkan aku.. hik2).   Sungguhpun pendek.. tapi ayat itu umpama BEKAL utk aku menangani ranjau2 kehidupan.

 Lama tak buat kempen.. (sejak berakhirnya kempen HCMB40... aduhh dah makcik sgt rupanya aku skg ni.. dah lamanya kempen tu berlalu!!.).






So.. utk tahun ni belog ni akan buat "KEMPEN SABAR" plak.  Marilah tanamkan sifat sabar yg tinggi!. Tidak rugi pun bersabar.


*sabar
*sabar
* sabar...
* sabar..
* sabar..


Bersabar ni nak balik umah.. sambil update belog.  Malas la nak siapkan assignment di tgh hiruk pikuk.   Aku lebih rela menyiapkannya di keseorangan sepertiga malam.

Pagi tadi sejuk lagi... summer tak jadi menyapa..  malu agaknya, atau dunia dah mulai tua hingga kitaran bumi semakin tak menentu pada paksinya.

Kesejukan pagi pun adakala menguji tahap kesabaran seseorang. Ada yg memonteng sebab tak rela meninggalkan selimut.  Bagi yg tabah..  moga ianya menjadi asbab untuk  anda ke Syurga.

Ok la... assalamualaikum..   Jap lagi nak balik.










1 comment:

  1. Jangan asyik bersabar sehingga kita ketinggalan.
    Hidup sekarang kena pantas.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...