Tuesday, November 1, 2016

Cerpen ala-ala Ustazah dari Mak Tok Mirror..

"Tap tap tap tap!!".   Kedengaran bunyi limpahan air dari kerusi belakang.. deras bagai hujan.   Semua mata tertumpu ke arah seorang pemuda mat saleh berkaca mata hitam.  Hensem wajahnya.

There was a sign of intoxication on his face, mungkin sebab tu kot dia termuntah.. (cehh mandai2 je aku menuduh kan?.  Lagi pun kat bandar macam tengah ada pesta...  dia baru balik dari situ kot.).  Itu aku tak nak campur la kan dia nak minum2 atau apa...  sebab bukan topik itu yg aku nak bincangkan hari ni... tapi.... isu lain... isu menginsafkan.

pix tak de kena mengena dengan entry.  Skg kat Perth tgh byk replika2 lembu..   tu je nak habaq


Penumpang2 wanita ada yg menunjukkan reaksi geli.  Ada yang berlari ke kerusi lain.   Situasi itu mengembalikan ingatan aku pada kenangan tahun lepas, ketika sama2 naik bas bersama M (classmate aku, gadis india yg sama2 dari tanah malaya).

"Eeeewww Sam....  kau bau sesuatu tak?.".  Kata M sambil hidungnya kembang kempis. Padahal kat kelas selalu speaking kami ni, gara2 nak ngumpat punya pasal keluar semua bahasa melayu.  Hahaha... So sweett kan?.   Rindu dengan beliau yang kini telah pun meninggalkan bumi kangaroo ini demi untuk berbakti di tanahair.

"Bau apa?".  Aku memang tak bau sangat, mungkin sebab  duduk sebelah tingkap.


"Bau kencing, berak, muntah... semua ada.".

OMG!!.  Really??.   Patutlah penumpang2 lain menukar tempat duduk, ada yang sanggup berdiri.  Rupa2nya nak melarikan diri dari seseorang.  Drug addict kot?.


Tu la.. insaf aku dengan situasi itu.   Kat dunia ni... bila kita geli akan sesuatu, kita masih boleh melarikan diri..  tapi kalau di neraka yg ada darah, nanah.. muntah dan segala bagai?.   Oh my God!!.  Ai tak nak!!!!.





Itulah topiknya hari ni.  Topik NERAKA!!.


If u want to treat me... cappucino with 3 sugars k!. pls take note!.



Takut kan bila dikenang keadaan neraka?.   Meh la jalan kan kempen "ZERO NGUMPAT" plak.  Dosa dengan Allah, senang la kita nak mintak ampun. Dengan manusia kang... banyak plak liku2nya kat akhirat.    Sepatutnya orang macam aku yang Allah dah campakkan jauh ke sini ni... dah boleh sangat melaksanakan kempen ni dengan jayanya... sebab kat sini bukannya ada benda sangat pun nak diumpatkan.  MasyaAllah!.   Besar sebenarnya anugerah-Mu ini tapi... napa la terkadang aku sia2kan. Astagfirllahalazimmmmmmmm......      



Sekian... cerpen ala2 Ustazah dari Mak Tok Mirror.. ( Mak Tok giteww!!. Apa?.  Ingat bila kat sini aku tak layan ke drama Laraaishah?.  Huhu!!.  Ni first and last kot..  parah bila terjebak!).


*intoxication =  orang yg dah blurr2 mabuk dadah atau pun alkohol (arak).

Tentang replika2 lembu tu =  Perth bakal jd tuan rumah utk pereka2 40 "ekor" replika lembu bagi acara Cheese Festival bulan ini.
Cowparade 2016.






2 comments:

  1. Takut topik ni. Tapi bagus untuk di ingatkan selalu. Boleh buat kita semua insaf. Terima kasih akak.
    Kenapa sana banyak patung tu sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Replika lembu tu.. utk Pesta Cheese di Perth bulan ni.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...