Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Sunday, January 14, 2024

Tips Meraih Ketenangan Hidup di Era Digital: Mengelola Media Sosial dengan Bijak

Terlalu sering kita tergoda dengan gambaran kebahagiaan di social media, tanpa menyedari bahawa itu mungkin hanya sebahagian kecil daripada diary kehidupan seseorang.


Maka adalah penting bagi kita untuk merenung tentang erti bersyukur dan cara menguruskan perasaan iri hati atau cemburu.


Perlu diingatkan bahawa setiap individu mempunyai sisi hidup yang tidak terlihat di platform ini.


Kita perlu belajar menghargai pencapaian dan kebahagiaan diri sendiri tanpa membandingkannya dengan piawaian yang tidak realistik.







Tidak kira kayangan atau marhein, miskin atau kaya setiap orang menghadapi cabaran dan kesukaran masing-masing dalam hidup kerana hidup adalah tempat ujian. Ia tidak memandang status sosio ekonomi. Terlalu sering kita terpedaya dengan imej bahagia di sosial media, tanpa menyedari bahawa di sebalik senyuman itu mungkin tersimpan kisah sedih dan duka yang tidak terungkap.


Janganlah terlalu terpedaya dengan citra sempurna yang dipaparkan di dunia maya. Sama seperti kita, orang lain juga melalui detik-detik sukar dan air mata yang mungkin tidak terungkap dalam satu gambar atau status. Setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang unik.


Bersyukurlah terhadap diri sendiri kerana ia adalah kunci kebahagiaan sejati, manakala menghargai perjalanan orang lain tanpa cemburu akan membawa kedamaian dalam hidup kita.


Jadi, mari kita lebih berhati-hati dalam menilai kehidupan orang lain berdasarkan apa yang dilihat di sosial media hingga berasa kufur nikmat. Kita semua hanyalah manusia biasa yang melalui detik-detik suka dan duka. Hidup ini bukan sahaja tentang mengukur kejayaan, tetapi juga tentang keberanian dan daya ketahanan kita di dalam menghadapi semua ujian kehidupan.


Sunday, July 23, 2023

Bisikan Ablasa Membawa Kemurungan

Assalamualaikum.   

Macam-macam cara syaitan menggoda manusia.   Kalau kita dah faham rentak dia, inshaallah akan menang.   Setkan KPI untuk zikir2 anda.  


Cara syaitan mengoda manusia:


a) Ia menghembuskan di telinga masuk  hati sebelah kanan. Ia dibantu oleh hawa nafsu syahwat pengaruh kuat buat benda yg tidak berfaedah.


b) Ia  menghasut di sifat pendengaran kita (bentuk oktagon).


c) Ia pukul hati  jantung kita boleh menyebabkan kesakitan dan gangguan perasaan.


*Tujuan supaya manusia berada dlm keadaan lupa Allah dan sesat dari jalan yg lurus.






*Hikmah Kisah di zaman nabi

a) Diwafatkan putera nabi semasa kecil - utk elakkan perbalahan dikemudian hari.


b) Syaiditina Aisyah difitnah (dlm peristiwa Al-Ifqi) setelah perang dgn Bani Mustaliq)

Rujuk Surah An-Nur (ayat 11-19)

- Hikmah jgn mengumpat dan memfitnah)



Cara mengatasi serangan hembusan godaan syaitan yg mempengaruhi melalui panca indera, akal, hati, kemaluan, salur darah dll ialah...


 "Jangan layan.  Lawan melalui zikir, nasihat2, tidur dan anggap ia tidak kekal. Utk elakkan godaan syaitan yg akhirnya lupa dan sesat kpd Allah."


*Bagi wanita godaan melalui sifat  'Cemburu'  berada antara jantung (sadr)  dan hati (qalbun)

- Ia ada yg kecil, sederhana dan besar.

- Kisah cemburu Aisyah dan  Hafsah (R.Anha) kpd Rasulullah.


Kata Malik bin Dinar ra berkata:

 "Sesungguhnya musuh (syaitan) itu dapat melihat anda, sedang anda tidak dapat melihatnya."


Kata Dzunnun Al-Musri: Ringkasan: 

"Syaitan dpt melihat kita  tetapi kita tidak dapat melihat syaitan. Manakala Allah dpt melihat segalanya. Mohonlah pertolongan kpd Allah dari gangguan syaitan."


Utk perlidungan banyakkan baca Surah An-Nas terutamanya lepas solat dan beberapa surah lain.


*Bahawa dada anak Adam @ manusia adalah tempat (saluran darah) bagi syaitan.


Cara godaan


a)  Di hati - berbentuk hembusan dan pukulan.

b) Telinga - berbentuk hembusan dan hasutan berterusan. Dibantu oleh nafsu, hawa syahwat.

Masuk dlm darah manusia dan sukar ditolak  kecuali dgn pertolongan Allah. 


Cara menolak: 


a) Semangat cita2  (Uluhiyyah)

b) Sibukkan diri beribadah kpd Allah (Rububiyyah)

b) Tetap @ Istiqamah

c) Tawakal.


"Allah sengaja menjadikan syaitan sbg musuhmu, kerana Dia ingin menuntunmu menuju kepada-Nya. Dan Allah menggerakkan hawa nafsumu, agar engkau sentiasa menghadap kepada-Nya."


Moga bermanfaat.  


Tuesday, July 18, 2023

Gangguan Manusia

"Setiap  ujian akan berakhir dgn kesudahan (taufiq dan hidayah). Semua benda kena kaitkan dgn Kebesaran Allah."





*Gangguan Manusia Menjadikan Kita Lebih Dekat Dengan Allah*

أراد أن عجك عن كل سىء حتى لا يشغاك عنه بشىء.


"Allah ingin membuatmu jemu terhadap segala sesuatu, sehingga tidak ada lagi yg memalingkanmu dari-Nya."


"Sesiapa yg duduk diam (bergantung) kpd yg lain selain Allah, nescaya Allah menguji dan dihijab hati utk menyebut-Nya. Cuma terhad kpd lisan lidahnya shj."


Bergantung selain Allah akan ditimpa musibah.  Iaitu musibah dari segi rezeki, kesihatan dll dan dpt musibah seperti umpatan, cacian dll.


Perlu cenderung kepada Allah dan berserah diri kpd-Nya. Rujuk Doa  Iftitah.


وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، 


Maksudnya: "Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang Maha Pencipta langit dan bumi sebagai Muslim yang ikhlas dan aku bukan termasuk dalam kalangan orang yang mensyirikkan Allah.

(Muslim : 201)


Maka bergantunglah kepada Allah: ilmu, kekuasaan, kehendak dan semua yg ada pd Allah.


Firman Allah.

اَللّٰهُ الصَّمَد

(Allah tempat meminta segala sesuatu).


*Musibah  jika bergantung kpd selain Allah. Mereka akan menerima musibah berbentuk berikut :-

a)Musibah Umum (zahir batin)

- Diuji dgn pelbagai ujian zahir batin.

b)Musibah Khas (batin)

- Dihijab hati kita utk mengingati Allah. 

خَتَمَ اللّٰهُ عَلٰى قُلُوْبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۗ وَعَلٰٓى اَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَّلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌ 


"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat."

c) Musibah Khas (Di Lidah)

Bila bergantung kpd Allah maka Allah akan hilangkan 3 musibah kpd kita.


إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، ....

"...Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan semesta alam."


*Kisah Ibu  Syafi'e hati mursyid zahir  murabbi. Pemberian harta dr Imam Malik disuruh infak. Jadilah kita sbg ayah ibu mursyid murabbi.


* Bila hati bergantung kpd Allah, akan hilang bala.


*Sebaliknya jika ia bergantung kpd yg lain selain Allah, maka akan dicabut perasaan kasih dari setiap manusia dan berlaku pergaduhan dan wujud perasaan tamak.


*Ini menyebabkan cenderung kpd manusia (sebab tamak) tetapi manusia tidak suka kepadanya. Akibatnya hidupnya lemah, menyesal, sedih dan susah hati.


*Peliharalah diri kamu yg berakal (zuhdiyah), jgn mudah terpedaya dgn keseronokan dan tarikan dunia.


*Ditakuti ditimpa bencana dan bala atas sifat kesombongan kita.


*Kata Abul Hasan al-Waraq berkata: jika berjinak dgn makhluk (manusia) menjadikan ia sombong takabbur, jadi bodoh, lemah dan bersandar  jadi dhaif.


*Jika Allah sendiri inginkan si hamba berada dlm kebaikan, maka mereka menjadi jinak kpd Allah.


*Ini mungkin berbentuk mesra dgn ilmu, amal dan zauk. Di harap dpt gelaran ra.


*Dapat tawakal dan rahsia hati (lapisan  hati ke-6)  terpelihara zahir batin dari  pengaruh bergantung kepada makhluk. Inilah hakikat tawakal kpd Allah.


Ketika Allah memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya maka ingatlah bahawa sesungguhnya Dia 'mencintaimu'. Dan Dia ingin agar engkau mendekat kepada-Nya. 


Terima kasih kakakku (Ustazah SA) untuk catatan ini.   Menarik sekali untuk pengakhiran tahun 1444 ini.   Jgn lupa baca doa akhir & awal tahun.   Moga Allah menerima segala amalan dan taubat kita.


Saturday, August 8, 2020

Kenapa Perempuan Cantik Adakala TAK BAHAGIA?

Assalamualaikum uollz...

Sejak covid ni.. dah tak join kenduri kendara lagi.. tapi alhamdulillah dah wakilkan hubby untuk mengikuti tazkirah zoom on line bersama mereka.  Selalunya hubby akan sinopsiskan semula pertambahan ilmu yg diperolehi... dan untuk malam ni bertajuk.. PEREMPUAN CANTIK.


Wauuu!.   Tajuk apakah itewww??.   Perempuan2 cantik!!.  Kamu dan kamu sila baca...


Gambar sekadar hiasan..
Sweater in de making.




Ain pula sibuk dgn aktivity kebajikan..
dan balik bawak  makanan pelbagai kaum..
antaranya kek chiffon arab ni.




Cara Untuk Bahagia Bagi Perempuan Yang Cantik...

Tafsiran cantik adalah subjektif ye..

Kebetulan kat FB ada fren ni.. orangnya cantik, rumah besar, barang kemas berselirat (sebab selalu nampak beliau upload jemarinya yg mulus). Tapi  tak pernah terdetik di hati ai untuk melabel beliau riak.. sebab memfollownya sudah agak lama, kiranya dah faham segala yg dibuat tu untuk menghiburkan hatinya yg lara dan sarat dgn status2 anxiety.

Tu  la yg ai musykil tu.. segalanya dah ada tapi kenapa beliau selalu anxiety?.
Macam ada problem dgn suami dan ipar duai gayanya tu.

Sungguh pun ai tak kenal.. tapi rajin juga ye ai baca status2nya?.   Sekadar untuk menjiwai org yg berpenyakit demikian.. ala2 nak buat research gitew!.  Kekeke..  and at the same time supaya bersyukur dgn diri sendiri.


Mungkin ceramah ini dpt membantu beliau kot.. kot lah tetiba tergoogle blog ai ni kan.





Guys..
You might think that an attractive person are lucky because everybody treats them well and life is easy.   Nope!!.  You are wrong!.


Pencetus Iri Hati Dan Hasad

Menurut Ustaz, akibat kecantikan pada seseorang perempuan  adakala bisa mengundang iri.. tak kira perempuan atau lelaki. 


Yang perempuan mungkin memandang dengan perasaan cemburu dan yg lelaki pula mungkin dendam bila cinta tidak berbalas.   Hal ini dibimbangi membawa hal yg buruk kepada perempuan tadi (sihir, pandangan hasad (evil eyes) dan sbgnya.).


Makanya timbullah bidalan "perempuan cantik nasibnya tak seindah wajah" (yg ini bukan Ustaz tadi yg sebut.. sekadar teringat kata2 luahan seorang teman).

Selfie

Sebagai solution, Pak Ustaz menasihatkan jika mampu berniqablah atau kurangi mengupload selfie yg bisa menjurus kepada hal yg disebutkan di atas.

Loneliness is better than toxic.. remember that?.  Stay low key k...

Moga dapat membantu puan2 yg mengalaminya ye dan semoga hidup anda akan lebih tenang.  Dah la cantik.. tenang pula, tentu suami akan bertambah sayang dan bahagia. 

Tenang Di Balik Covid

Di balik dugaan pasti tersembunyi hikmah dan kejutan dari Yang Maha Esa.. sebagaimana Hajar yg mulanya  tak tahu pun Mekah akan menjadi  tempat yang penting dan penuh berkat di saatnya beliau dan anak kecilnya ditinggalkan di bumi nan tandus dan gersang itu tanpa suami di sisi.  Masyallah sapa yg pernah saei pasti telah merasai sendiri dan membayangkan.. cuma skg  ada aircond.

Siti Hajar tidak tahu kejutan2 selepasnya.. yg beliau tahu adalah bahwa dia harus patuh pada perintah-Nya dan tanpa berhenti  berharap yg terbaik.

Ternyata di balik teka teki kita, ALLAH telah menyiapkan kejutan !. Jangan sekali berputus asa dan berpatah harap.

Sering Allah berkehendak di detik-detik terakhir dalam pengharapan dan ketaatan hamba hamba-NYA. Jangan kita berkecil hati saat sepertinya belum
ada jawapan doa2 kita. Kadang Allah mencintai kita dengan cara-cara yang kita tidak duga dan  tidak kita sukai.. contohnya wabak Covid ini.. tetapi Masyallah.. dapatkah dibayang akan bagaimana perasaan kita bila segalanya ini berakhir nanti??.   Kenduri 7 Hari 7 mlm kot..


Doa  :

 "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang," (QS. Al-Hasyr: 10).

Sunday, May 10, 2020

Curi-curi dengar KELAS ON LINE lantas menjadi entry. Boleh ke?.

Assalamualaikum uollz..

Tertarik dgn topik tazkirah on line malam tadi. Eh!. Wait... Ai tak join.. cuma tumpang dengar sebab volume hp hubby agak kuat untuk on line conference tersebut.  Kiranya macam kisah Abraham Lincoln.. curi2 dengar org belaja plak... Haha..  (Mcm pernah guruku bercerita kisah itu.. but it was long time ago.. masa ai sekolah rendah).  Bila dengar guruku bercerita .. ai rasa sungguh terinspirasi waktu tu..sbb kecik lg... siap membayang ball pen Pak Braham dari bulu ayam yg diceritakan.


Lihat lah langit.. pelangi itu muncul setelah ribut taufan..


Tapi topik tazkirah kuliah hubby  adalah Nabi Yusoff...

Ringkasannya ialah..  apabila Allah ingin menaikkan martabat seseorang, terlebih dahulu akan melalui pelbagai ujian dan cobaan..

Ibaratnya kalau orang buat sebilah pedang...  besi tersebut terpaksa melalui proses pemanasan, pemukulan berulang2 untuk mendapatkan hasil pedang yg terbaik.   Begitu lah analogy dari kesusahan hidup manusia di muka bumi ini.

Contohi kisah Nabi Yusoff yg sabar dgn ujian adik beradik sendiri..

Conference diselang seli dgn soalan dari kawan2 yg lain (rajin betul kawan2 ai join.. ya la tgh Social Distancing kan.. tak dpt ke kuliah off line lagi).  Ai wakilkan hubby je.. sebab waktu tersebut adalah "waktu busy" ai.. cuma malam tadi ada space sikit untuk curi2 dengar.

"Istigfar penyelesai segala masalah.  Boleh jadi kita tidak suka sesuatu itu.. tapi ia baik buat kamu.  Allah memberi dugaan tidak melebihi keupayaan seseorang hamba.".

"Orang yang mati... sebenarnya tidak "mati".". (Maksud beliau di sini mungkin.. sekadar berpindah alam.. alam barzah).

Tazkirah ditutup dgn pesanan Ustaz..

"Andai kita diuji dgn kehinaan atau kehilangan harta benda di dunia.. percayalah, semua itu akan ada gantinya di akhirat.. (tapi dgn Jalan sabar).".

Aamiin...


Sunday, October 6, 2019

Untuk Yang Bersedih

"Orang yang beriman, hatinya sentiasa gembira.. Tidak mudah bersedih oleh sesuatu.  Contohnya kalian yg tinggal di Australi ini (bukan typo.. memang begitulah sebutan Indonesia nya).   Kan kalian tenang aja, meletak pergantungan pada Allah. Tidak risau akan rezeki.. ".  suara Ustaz di sudut banglo milik seorang teman,  yang aku pun tak tau siapa nama Ustaz tersebut sbg tanda lamanya aku tak join  kenduri kendara.. haha.. sorry.

"Bersedih jangan berlebih2an...  bergembiralah dgn janji Allah (Syurga) dengan jalan istiqamah." Sambungnya lagi.

Ehhh makin best pulak tajuk ceramah ustaz ni..  bisikku dalam hati sambil menghirup air kelapa muda yg dihidang tuan rumah.   Karipap pun sudah dua bijik ku telan.  Bakso dan satay juga. Sekali sekala menyapa teman2 duduk berhadapan... terlalu lama tak bersua dengan mereka, rindu pula rasa.  Mata ku pun tgh segar sebab dah tido siang sebelum pegi.

Lantas kupatrikan di sini kata2 Ustaz itu.. kang lupa plak apa yg telah dipesan. (Maklum ler "rajin" naw pegi).   Mungkin akan berguna juga untuk anda yg sedang bersedih.. jika ada. Sekian.  Assalamualaikum...



p/s. :.  Sorry tak de gambo.. phone cap siput yg kami beli di satu daerah bernama Syisha, Saudi Arabia ni agak old school.. kejap bleh upload, kejap dia wat hal tapi dah banyak berjasa juga masa kat sana.. untuk berhubung dgn sedara mara di Msia dan Aussie ketika itu. 


Tuesday, June 12, 2018

Wanita Yang Dirindui Syurga

Assalamualaikum w.b.t

Thanks untuk teman seperantau dari Kota Singa untuk jemputan hari ni.. dgn tajuk "Wanita Yang Dirindui Syurga.".

So ini antara kupasan2nya ....

Kita dijemput masuk Syurga nanti atas rahmat Allah.  Kasih syg Allah.

Hal ini telah menimbulkan 1 couriousity pada seorang hamba..

"Aku telah beribadat pada-Mu Ya Allah tapi mengapa pula aku masuk syurga hanya kerana ikhsan-Mu dan bukan dari amal2 yg telah kuperbuat?".

Maka deal pun bermula di mana neraca timbangan pun menyukat amal hamba tersebut. 1 sisi untuk amal dan 1 sisi lagi timbangan nikmat penglihatan yg Allah beri.

Plingggggg!!

Ternyata timbangan  amal tidak mampu menandingi nikmat penglihatan Allah.

"Sekarang lihat.  Timbangan amalmu lebih ringan dan bisa membawamu ke dlm neraka.  Maka mahukah kau dihisab dgn cara yg sedemikian?".

Maka hamba tersebut pastilah enggan masuk ke dlm neraka dan mula faham konsep "rahmat" tersebut.




Di sana nanti... ada pelbagai asbab seseorang itu dipanggil ke Syurga.
Untuk yg rajin berpuasa akan dijemput ke Rayyan dan pintu2 lain untuk yg sekian2.

Mungkin ada insan yg dijemput ke syurga kerana sabarnya pada anak2, mungkin kerana baktinya pada kedua orang tua dan  mungkin dijemput ke syurga kerana sikap sabarnya pada insan2 sekeliling yg telah menyakiti dan menghinanya.

Ada beberapa tip supaya kita sentiasa istiqamah untuk berada di landasan yg benar.   Sentiasa anggap diri kita di dunia ini sbg tourist... iaitu musafir yg selalu meletakkan  destinasi kita adalah Syurga yg abadi tempatnya.

Anggap diri sbg org asing di dunia ini supaya kita sentiasa rindu "rumah asal usul" kita iaitu Syurga.

Mengapa kita ke Syurga atas rahmat-Nya?

Sebab Allah sembunyikn 3 perkara :

1) Allah sembunyikan redho-Nya pada setiap taat.
2) Allah sembunyikan murka-Nya pd kemaksiatan.
3). Menyembunyikan wali-Nya pd tiap hamba2.


Perkara2 kecil itulah yg mendatangkan redho Allah yg kemudiannya mengundang kita pada syurga Allah.

Contohnya :

Anda memberi senyuman pada orang (of coz le sesama wanita, jgn tergedik2 senyum kat somi org plak). Hal itu nampak kecil di mata anda tapi "di mata" Allah adalah besar.

Maka.. jgn kamu remehkan senyumanmu pd saudaramu.

Untuk contoh kedua :   Allah sembunyikan murka-Nya pada saat kemaksiatan.


Mungkin hidup anda asyik ada yg tak kena, sentiasa malang... ohhhh rupa2nya pernah terambik duit org, terhutang tak dibayar.. dan Allah tak redho.  So jgn meremehkan hal2 kemaksiatan walaupun kecil. Boleh jadi hal kecil itu menjadi tekit ke neraka.  Nauzubillahiminzalik.


Don't under estimate other people.

Jgn melihat kecil pada org lain. Boleh jadi  ia kelihatan gonjeng, comot, tak semengah tapi mulia di sisi Allah.    Anggap bahawa setiap insan ada potensi dpt hidayah.

Bear in mind : Semua anak adam adalah pendosa, maka sebaik2 pendosa adalah bertaubat.

Bagaimana untuk menggapai semuanya itu?.

4 amalan utk dpt redho Allah

1). memberikan salam antara 1 sama lain.(tebarkan salam) - dgn  salam akan menggugurkan dosa.
2). Berikan makan pada org.. (lg2 bln posa ni).
3). Bersilaturrahim  (niat dr rumah kerana Allah). Contohnya berkunjung di hari raya ke rumah2 kawan.
4). Solat di mlm hari ketika org2 tido.


Sekadar gambar hiasan sbb comel.



Diriwayatkan bahawa Imam Syafi’e Radhiallahu ‘Anhu setelah mencapai umur empat puluh tahun, beliaupun berjalan dengan tongkat sepotong kayu. Apabila ditanya sebab beliau berbuat demikian, beliau berkata:


"Biarlah aku senantiasa ingat bahawa aku ini kini sedang berjalan menuju ke akhirat".


p/s  :    kita hanyalah musafir...

Sunday, April 8, 2018

Mimpi Terbang Petanda Kena Santet?.

Assalamualaikum uollz..

Sambil2 menunggu nasik tanak untuk bekal suamiku esok pagi.. mari mengupdate belog sebab ingin menghadamkan apa yang Pak Ustaz telah ajarkan sebentar tadi.  Kalau tak ditulis.. nanti hilang dari ingatan. Maklum ler "rajin sangat" ke pengajian. Kekeke.

Tajuk hari ni ialah "Kedekut".
Semakin berat hati kita (semakin syg akan benda) yg kita nak sedekahkan..
Semakin besar ler pahalanya.. bila kita mampu sedekahkan..
sebab kita telah berjaya menentang nafsu duniawi.

Next topik ialah hutang.
Sapa2 yang berhutang dan tak bayar hutang, rohnya terawang2..




Next story.  Tertarik akan kisah yg beliau ceritakan tentang Firaun.
Tahu tak Firaun itu pernah membuat percubaan nak masuk Islam??.

Tapi... keislamannya Allah tak terima sebab ketika itu nyawanya sudah di kerongkongan.  Masa tu Allah dah perlihatkan kebenaran  (Islam) di depan mata... baru dia kalut2 nak masuk Islam.
So.. masa dah time.
Tiada maaf bagimu lagi.  Begitulah kisahnya. 

Sbg menjawab soalan hadirin, Ustaz ada menjelaskan tentang mimpi terbang.  (Mungkin sebab cerita pasal roh terawang2 jika tak bayar hutang,  maka soalan tu timbul.. hihi).
Oh rupa2nya mimpi terbang petanda kena santet?.  I tod kalau mimpi terbang tanda terkurang amalan.  Oo I see. Wallahualam.

Thanks kepada teman2 blogger yg singgah.. inshaallah nanti ai membalas kunjungan ye... tgh busy sikit ni.   Kpd silent2 reader.. moga entry ini bermanfaat.


nota tambahan :.   dari segi psycology, mimpi terbang akan dialami oleh  seseorang bila hatinya sedang bahagia akibat berjaya keluar dari konflik jiwa yg sebelumnya pernah dialami.   Ibarat macam seseorang itu lega, tidak lagi terkongkong oleh konflik2 tersebut lantas terbawa ke mimpi.  (Ini saya setuju sebab pernah lalui).



Tuesday, November 1, 2016

Cerpen ala-ala Ustazah dari Mak Tok Mirror..

"Tap tap tap tap!!".   Kedengaran bunyi limpahan air dari kerusi belakang.. deras bagai hujan.   Semua mata tertumpu ke arah seorang pemuda mat saleh berkaca mata hitam.  Hensem wajahnya.

There was a sign of intoxication on his face, mungkin sebab tu kot dia termuntah.. (cehh mandai2 je aku menuduh kan?.  Lagi pun kat bandar macam tengah ada pesta...  dia baru balik dari situ kot.).  Itu aku tak nak campur la kan dia nak minum2 atau apa...  sebab bukan topik itu yg aku nak bincangkan hari ni... tapi.... isu lain... isu menginsafkan.

pix tak de kena mengena dengan entry.  Skg kat Perth tgh byk replika2 lembu..   tu je nak habaq


Penumpang2 wanita ada yg menunjukkan reaksi geli.  Ada yang berlari ke kerusi lain.   Situasi itu mengembalikan ingatan aku pada kenangan tahun lepas, ketika sama2 naik bas bersama M (classmate aku, gadis india yg sama2 dari tanah malaya).

"Eeeewww Sam....  kau bau sesuatu tak?.".  Kata M sambil hidungnya kembang kempis. Padahal kat kelas selalu speaking kami ni, gara2 nak ngumpat punya pasal keluar semua bahasa melayu.  Hahaha... So sweett kan?.   Rindu dengan beliau yang kini telah pun meninggalkan bumi kangaroo ini demi untuk berbakti di tanahair.

"Bau apa?".  Aku memang tak bau sangat, mungkin sebab  duduk sebelah tingkap.


"Bau kencing, berak, muntah... semua ada.".

OMG!!.  Really??.   Patutlah penumpang2 lain menukar tempat duduk, ada yang sanggup berdiri.  Rupa2nya nak melarikan diri dari seseorang.  Drug addict kot?.


Tu la.. insaf aku dengan situasi itu.   Kat dunia ni... bila kita geli akan sesuatu, kita masih boleh melarikan diri..  tapi kalau di neraka yg ada darah, nanah.. muntah dan segala bagai?.   Oh my God!!.  Ai tak nak!!!!.





Itulah topiknya hari ni.  Topik NERAKA!!.


If u want to treat me... cappucino with 3 sugars k!. pls take note!.



Takut kan bila dikenang keadaan neraka?.   Meh la jalan kan kempen "ZERO NGUMPAT" plak.  Dosa dengan Allah, senang la kita nak mintak ampun. Dengan manusia kang... banyak plak liku2nya kat akhirat.    Sepatutnya orang macam aku yang Allah dah campakkan jauh ke sini ni... dah boleh sangat melaksanakan kempen ni dengan jayanya... sebab kat sini bukannya ada benda sangat pun nak diumpatkan.  MasyaAllah!.   Besar sebenarnya anugerah-Mu ini tapi... napa la terkadang aku sia2kan. Astagfirllahalazimmmmmmmm......      



Sekian... cerpen ala2 Ustazah dari Mak Tok Mirror.. ( Mak Tok giteww!!. Apa?.  Ingat bila kat sini aku tak layan ke drama Laraaishah?.  Huhu!!.  Ni first and last kot..  parah bila terjebak!).


*intoxication =  orang yg dah blurr2 mabuk dadah atau pun alkohol (arak).

Tentang replika2 lembu tu =  Perth bakal jd tuan rumah utk pereka2 40 "ekor" replika lembu bagi acara Cheese Festival bulan ini.
Cowparade 2016.






Friday, January 8, 2016

Moga Beliau Jadi Billionaire

Saja post "peti ais" special ni untuk penginsafan diri sendiri..



"Perbaikilah masa lalumu dengan berzikir kerana tiada amal yg mudah selain berzikir".

Boleh buat time duduk, berdiri, jalan2, buai anak, tunggu train, tunggu suami dll..



Salam jumaat semua...

Hari ni aku tak keja.  Memang hensem la boss aku tu sewenang2 bagi cuti.  Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.  Hanya Allah yg mampu membalasnya dan aku doakan moga beliau jadi billionaire!.  Hihi..

Monday, July 22, 2013

Mencari Lailatul Qadar - mengikut petua Imam Ghazali

Betul la kan, isu tu sensitif... ibaratnya "Sudah jatuh ditimpa tangga, dah ditimpa tangga, terhempap gerobok pulak".

Masih aku ingat masa anak aku TERmakan sebotol appetton sampai masuk wad, aku pun rasa berdesing je telinga aku ni bila org marah2 akan kecuaian aku. Begitu jugak kes budak tertinggal dlm keta tu, entah2 ayat aku semalam tu menyinggung mana2 pihak yg tak sengaja melakukannya, padahal kita cuma nak ingatkan somi2 kita je. Mohon ampun dan maaf dariku, tak terlintas di benakku. Meh la kita tukar topik lain... mari insafi diri dgn topik2 islamik. Kebetulan semalam ada sorang member FBku, Ustazah yg warak dah  postkan tentang MALAM LAILATUL QADAR ni, baik aku copy paste kat sini.




PAHALA 1000 BULAN!!!.    Sapa tak nak kan???.

Kalau berterawih di Mekah, kita akan dengar bunyi siren dibunyikan penanda berlakunya malam lailatul qadar yg dinanti2kan. Kedengaran jemaah2 berteriak kegembiraan. Tak pasti apa yg diorang tgh nampak, ada yg kata nampak awan berkepul2 di atas Kaabah.


Aku hamba-Nya yg kerdil ni belum berpeluang pun melihat semua tu kat depan mata. Memang sesak, segalanya tak memungkinkan untuk aku berada kat situ dlm keadaan aku membawa si kecik 2 orang tu yg masih jalan terkedek2. IRP dan arwah FIL serta MIL aku la yg bercerita sebab diorang yg keluar berterawih malam tu. Alfatihah utk FIL aku. 



Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar :-


Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, JANGANLAH BERIBADAT HANYA PADA MALAM INI SAHAJA, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.



Tanda malam qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas; Siangnya cahaya matahari warnanya pucat; Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur.

(copy paste dari FB)



*IRP, jom la Yang kalau nk nyoping biar  kita nyoping skrg (nak nyoping kasut - kaler silver),  jadi 10 malam terakhir  nanti kita tak de sibuk nak nyoping2 lagi. :P