Monday, July 22, 2013

Mencari Lailatul Qadar - mengikut petua Imam Ghazali

Betul la kan, isu tu sensitif... ibaratnya "Sudah jatuh ditimpa tangga, dah ditimpa tangga, terhempap gerobok pulak".

Masih aku ingat masa anak aku TERmakan sebotol appetton sampai masuk wad, aku pun rasa berdesing je telinga aku ni bila org marah2 akan kecuaian aku. Begitu jugak kes budak tertinggal dlm keta tu, entah2 ayat aku semalam tu menyinggung mana2 pihak yg tak sengaja melakukannya, padahal kita cuma nak ingatkan somi2 kita je. Mohon ampun dan maaf dariku, tak terlintas di benakku. Meh la kita tukar topik lain... mari insafi diri dgn topik2 islamik. Kebetulan semalam ada sorang member FBku, Ustazah yg warak dah  postkan tentang MALAM LAILATUL QADAR ni, baik aku copy paste kat sini.




PAHALA 1000 BULAN!!!.    Sapa tak nak kan???.

Kalau berterawih di Mekah, kita akan dengar bunyi siren dibunyikan penanda berlakunya malam lailatul qadar yg dinanti2kan. Kedengaran jemaah2 berteriak kegembiraan. Tak pasti apa yg diorang tgh nampak, ada yg kata nampak awan berkepul2 di atas Kaabah.


Aku hamba-Nya yg kerdil ni belum berpeluang pun melihat semua tu kat depan mata. Memang sesak, segalanya tak memungkinkan untuk aku berada kat situ dlm keadaan aku membawa si kecik 2 orang tu yg masih jalan terkedek2. IRP dan arwah FIL serta MIL aku la yg bercerita sebab diorang yg keluar berterawih malam tu. Alfatihah utk FIL aku. 



Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar :-


Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, JANGANLAH BERIBADAT HANYA PADA MALAM INI SAHAJA, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.



Tanda malam qadar ialah :

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas; Siangnya cahaya matahari warnanya pucat; Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur.

(copy paste dari FB)



*IRP, jom la Yang kalau nk nyoping biar  kita nyoping skrg (nak nyoping kasut - kaler silver),  jadi 10 malam terakhir  nanti kita tak de sibuk nak nyoping2 lagi. :P






2 comments:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.827
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
    http://honeyoyeke.blogspot.com/

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.