Sunday, November 13, 2016

Misteri House Mate menyimpan duit

Musim2 kemurungan ekonomi kat tanahair mcm sekarang ni membuat ai teringat ex-osmet ai plak tetiba.

Bukan apa...  teringat mcm mana beliau buat "magic"!.    Kami tinggal berdua je masa tu kat rumah yg company sediakan.  Kongsi duit makan... api air.   Tak ingat la berapa sebulan... tapi tak sampai RM50 kot zmn tu.  Ai suruh beliau je yg pegang duit tu.. sebab beliau lg tua dari ai 3, 4 thn.

Macam ai ni... zmn2 bujang, duit gaji buat perabih beli baju je...  haha... obses dgn baju2 cantik!.   Make up?.  Tak berapa sgt kot.   Makan?.  Boleh tahan juga kuat makan... hari2 oder nasi kuah ayam kicap, sayur dan sirap limau.   Simpanan?.  Of coz la simpan juga sikit2.   Semakin stress keja.. makin rajin nyimpan (masa tu) sbb kita tahu bagaimana susahnya nak cari duit.

Hujung bulan.. baru  pandai2 ikat perut... makan seadanya.   Haha... Then suddenly.... once a upon a time... kekeke.. nak crita ni... kakak osmet ni cakap dgn ai..

"Kan "duit makan" kita banyak baki lagi Sam".


"What?".    Tanjat ai...

Terasa macam beliau buat magic pulak.  Seingat ai macam hari2 kami dah "boroskan" buat lunch kat kedai depan tabung haji tu.  (Masa tu tabung haji blom pindah situ lg).   Heran pulak ai... duit tu bleh byk baki lagi sampai hujung bulan.





Moral of the storynya... nak pilih bendahari atau pun isteri  pilihlah yg ada ilmu magic macam osmet ai ni.  Terasa mcm emak2 sgt!.    Nak relatekan cerita ni dgn cerita zmn merundum ni..   kita pun pasti boleh kan menjaga ekonomi keluarga dgn bijaksana.   Mana yg tak perlu beli  (kecuali memang suami mampu).. takyah la beli sampai membazir. 

Kongsi2 makan macam yg kami amalkan ni memang menjimatkan... instead of 1 rumah, 2, 3 stove dan tong gas (biasa la kalau serumah tak sekepala, pemandangan ini ada berlaku).   Pendek kata, bagi anak2 dara tu.. pilihlah rakan serumah yg sekepala.
  


Btw... pix atas tu pager.  Terjakon plak ai td.. restoran2 kat fremantle ni byk sediakan pager utk customer mereka. So customer bebas berjalan ke mana2.. then bila makanan sampai, mereka akan page kita.





6 comments:

  1. Untung arr osmate bijak menabung...

    ReplyDelete
  2. Zaman gst dan minyak makin naik ni, cemana lg kita nk menabung byk2 ye sam? Haha.. jawapan senang ja, nak seribu daya, kalau tak nak seribu juga dalihnya.. tapi itulah, cakap tak semudah bikin..

    ReplyDelete
  3. Ada bendahri macam ni bagus bila duduk ramai-ramai rumah sewa.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...